Archives for 

samsung

Samsung Galaxy Note 4 habis ditempah di Korea Selatan

Telefon pintar Samsung Galaxy Note 4, bakal mula dijual di Korea Selatan bermula 26 September ini. Penyedia perkhidmatan teelfon di Korea Selatan ; SK Telecom, KT, LG Uplus, telah membuka pra-tempahan peranti tersebut sejak 18 September lalu.

Pra-tempahan SK Telecom habis terjual dalam tempoh 9 jam sahaja, manakala KT dan LG Uplus habis dalam tempoh 3 hari sahaja.

Samsung Galaxy Note 4 dijual dengan harga KRW 957,000 , lebih rendah berbanding generasi Note sebelum ini yang dijual dengan harga sekitar KRW 1,067,000. Peminat-peminat phablet tersebut di Korea Selatan kini perlu menunggu 26 September untuk membelinya

Sumber : CNET

Samsung Galaxy Note 4 ; gambar dan spesifikasi

Samsung Galaxy Note 4 merupakan ahli terbaru keluarga phablet dari Samsung yang baru diperkenalkan kepada umum awal bulan lalu. Tempahan awal telah dibuka kepada pelanggan di US dan Eropah dan dijangka mula dijual akhir bulan ini. Untuk pasaran Malaysia pula masih tidak dapat dipastikan bila ia akan mula dijual tetapi desas-desus mengatakan peminat siri Note di […] Continue reading →

Samsung Galaxy Note III bakal dilancarkan pada 4 September

 Selepas pelancaran model Samsung Galaxy S4, pengguna menanti pula satu lagi peranti flagship ; Samsung Galaxy Note III. Sebelum ini muncul beberapa spekulasi mengatakan phablet tersebut bakal dilancarkan pada September depan. Baru-baru ini, kedengaran lagi ura-ura dari sumber media di Korea mengatakan Samsung Galaxy Note III akan dilancarkan pada 4 September, beberapa hari sebelum berlangsungnya […] Continue reading →

Premium Suite disertakan bersama kemaskini Android 4.1 untuk Galaxy Note 10.1

 Samsung memperkenalkan kemaskini Android 4.1 untuk tablet Galaxy Note 10.1. Kemaskini yang telah mula didapati di beberapa buah negara tersebut turut disertakan bersama Premium Suite. Fungsi multitasking yang sebelum ini membolehkan 2 apps/window ditempatkan pada skrin, ditambah baik dan kini pengguna boleh membuka sehingga 16 apps/window pada skrin, fungsi yang pertama kali diperkenalkan pada sesebuah […] Continue reading →

Samsung Galaxy S III mula mendapat kemaskini Jelly Bean

 Awal bulan ini, Samsung mengumumkan kemaskini Jelly Bean untuk Galaxy S III akan mula di keluarkan awal Oktober. Kemaskini tersebut bagaimanapun dikeluarkan lebih awal, apabila pengguna di Poland telah pun menerimanya hari ini. Pengguna di Poland mendapat kemaskini firmware PDA I9300XXDLIB CSC I9300OXFDLI1 MODEM I9300XXDLIB. Kemaskini Jelly Bean ini membawa beberapa perubahan kepada Galaxy S III; Prestasi yang lebih baik, […] Continue reading →

Samsung dituduh melanggar hak asasi pekerja

 Jika sebelum ini Apple Inc. dikatakan melanggar hak asasi pekerja, kini timbul pula isu yang sama melibatkan pesaing terdekat mereka ; Samsung. China Labor Watch melaporkan, kilang Samsung di China memaksa pekerja bekerja sehingga 5 kali lebih lama berbanding tempoh masa yang dibenarkan. Kilang Samsung Mobile Display di Tianjin dikatakan meletakkan tempoh bekerja lebih masa […] Continue reading →