Archives for 

Gadjet

GoPro bakal memperkenalkan generasi baru kamera aksi Hero

goprohero4

Sokongan rakaman video 4K pada 30fps

GoPro ; jenama terkenal kamera aksi GoPro Hero, bakal memperkenalkan generasi baru produk mereka pada 8 Oktober depan. GoPro Hero 4 Black bakal membawakan sokongan rakaman video 4K/30fps. Manakala GoPro Hero Silver Edition memperkenalkan skrin sesentuh terbina dalam.

goprohero4b

Generasi pertama GoPro yang menawarkan skrin terbina dalam

Selain itu, GoPro juga dikatakan bakal memperkenalkan versi asas yang dinamakan GoPro Hero. Versi ini tidak menyokong rakaman 4K, sokongan wireless, mahupun bluetooth. Versi ini juga dijangka tidak menyokong banyak aksesori GoPro yang standard memandangkan badan kamera itu sendiri terbina bersama-sama casing luaran yang kalis air dan tidak boleh dipisahkan.

GoPro Hero ; versi asas GoPro

GoPro Hero ; versi asas GoPro

sumber : PetaPixel ; GoPro Hero 4, GoPro Hero

Samsung Galaxy Note 4 ; gambar dan spesifikasi

Samsung Galaxy Note 4 merupakan ahli terbaru keluarga phablet dari Samsung yang baru diperkenalkan kepada umum awal bulan lalu. Tempahan awal telah dibuka kepada pelanggan di US dan Eropah dan dijangka mula dijual akhir bulan ini. Untuk pasaran Malaysia pula masih tidak dapat dipastikan bila ia akan mula dijual tetapi desas-desus mengatakan peminat siri Note di […] Continue reading →

Samsung Galaxy Note III bakal dilancarkan pada 4 September

 Selepas pelancaran model Samsung Galaxy S4, pengguna menanti pula satu lagi peranti flagship ; Samsung Galaxy Note III. Sebelum ini muncul beberapa spekulasi mengatakan phablet tersebut bakal dilancarkan pada September depan. Baru-baru ini, kedengaran lagi ura-ura dari sumber media di Korea mengatakan Samsung Galaxy Note III akan dilancarkan pada 4 September, beberapa hari sebelum berlangsungnya […] Continue reading →

Broadcom memperkenalkan cip NFC terintegrasi

 Broadcom, sebuah syarikat semikonduktor berkaitan teknologi wireless dan telekomunikasi, semalam, memperkenalkan cip tunggal yang menggabungkan NFC (Near Field Communication) bersama-sama dengan bluetooth, WiFi dan FM Radio. Teknologi NFC sedia ada memerlukan cip berasingan, pada ruangan sendiri dalam sesebuah telefon pintar. Broadcom mendakwa, pengenalan cip tunggal ini bakal membawa kepada peningkatan kepada penggunaan NFC pada telefon […] Continue reading →

Facebook menggesa pekerja menggunakan Android

 Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa Facebook menggesa pekerja mereka menggunakan peranti Android berbanding iPhone. Tindakan itu dilakukan apabila mereka menyedari aplikasi Facebook untuk Android begitu jauh ketinggalan berbanding Facebook untuk iOS. Seorang jurucakap Facebook berkata, sebelum ini, ramai pekerja menggunakan iPhone dan iPad berbanding peranti Android. Bagaimanapun, selepas kempen yang dijalankan, didapati ramai diantara mereka […] Continue reading →