Samsung S5690 Galaxy Xcover : Peranti Android kalis air, gegaran, habuk dan kotoran

 Samsung S5690 Galaxy Xcover dilancarkan pada Oktober 2011, tetapi hanya baru-baru ini mendapat perhatian di kalangan pengguna Malaysia. S5690 hanyalah peranti Android kelas pertengahan dengan spesifikasi yang agak rendah. Yang menariknya, S5690 adalah peranti pertama dari Samsung yang didatangkan dengan fungsi kalis air, kalis habuk, kalis kotoran, dan kalis gegaran. Skrin sentuh kapasitif 480 x […] Continue reading →

HTC dan Motorola berdepan masalah paten

 Sebelum ini, dilaporkan Galaxy Tab 10.1 mungkin dihalang daripada memasuki US. Pengeluar peranti Android lain pula nampaknya terus menerima tekanan akibat perebutan paten dengan beberapa pihak lain. Beberapa peranti Motorola mungkin dihalang daripada memasuki US akibat hakcipta paten Microsoft dalam perisian Motorola Mobility. Microsoft telah memohon model-model berikut dihalang daripada memasuki US; Atrix, Backflip, Bravo, […] Continue reading →

9 juta unit Galaxy S III telah ditempah

 Samsung Electronics Co dilaporkan telah menerima lebih 9 juta unit tempahan peranti Samsung Galaxy S III daripada lebih 100 pembekal di seluruh dunia. Samsung Galaxy S III baru dilancarkan awal bulan lalu dan dijangka mula dijual di German pada 29 Mei ini. Jumlah tempahan yang banyak menunjukkan keyakinan pembekal dan pengguna akan kejayaan peranti tersebut […] Continue reading →

Jualan Galaxy Tab 10.1 mungkin diharamkan di US

 Peperangan berterusan diantara Samsung dan Apple mungkin menyaksikan kekalahan Samsung di US apabila mahkamah menerima sebahagian daripada permintaan Apple untuk menghalang jualan Galaxy Tab 10.1 dan 3 model telefon pintar. Mahkamah menerima permintaan Apple untuk mengharamkan Galaxy Tab 10.1 di US dan kes tersebut dikembalikan ke mahkamah daerah untuk perbicaraan semula. Pengharaman 3 model telefon […] Continue reading →

Google mula menguji kenderaan tanpa pemandu

 Gergasi enjin carian, Google, baru-baru ini diberikan lesen untuk menguji kenderaan autopilot (self-driving vehicle) di Nevada, US. Toyota Prius dipilih menjadi kenderaan pertama di dunia mempunyai ciri futuristik ini, dan Google mula menguji Self-Driving System ciptaan mereka. Mungkin fungsi ini belum dapat kita lihat dalam jangkamasa terdekat tetapi Google dikatakan akan memasarkan fungsi ini kepada […] Continue reading →

PhoneEasy 740 ; Peranti Android untuk warga tua

 Telefon bimbit untuk warga tua mungkin kurang didengari. Apatah lagi telefon bimbit dengan platform Android. Bagaimanapun peranti Android khas untuk warga emas kini boleh didapati di pasaran. Doro memperkenalkan PhoneEasy 740; telefon bimbit Android Froyo yang dilengkapi ciri-ciri biasa peranti Android, dengan kelebihan antaramuka yang lebih kemas, dan papan kekunci fizikal yang memudahkan penggunaan oleh […] Continue reading →

Permainan paling popular 2012 mengikut platform (Q1)

 Berikut adalah laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen berkaitan statistik permainan yang paling popular mengikut platform, untuk suku pertama 2012. Para pemain dilihat lebih meminati permainan atas talian (online). World of Warcraft terus mendominasi platform PC dengan pecahan lebih 7% dengan purata 500 minit setiap minggu bagi setiap pemain. Dalam kategori peranti mudah alih pula, 3 […] Continue reading →

Apple dikritik kerana menghalang aplikasi untuk menderma

 Pertubuhan kebajikan mengkritik pembuat iPhone dan iPad, Apple Inc. kerana polisi mereka yang tidak membenarkan derma secara terus melalui aplikasi. Sebelum ini juga, Apple pernah dikritik diatas sikap mereka terhadap kebajikan. Teknologi memberi ruang kepada untuk kerja-kerja amal dan kebajikan, sepertimana penggunaan laman web JustGiving.com, dan derma melalui mesej teks. Bagaimanapun pertubuhan kebajikan terpaksa berhempas […] Continue reading →

Rovio mencatat keuntungan hampir RM 200 juta sepanjang 2011

 Rovio, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan permainan popular Angry Birds, mengumumkan laporan kewangan mereka sepanjang 2011. Jumlah perolehan sebanyak €75.4 juta (RM 300 juta) hasil jualan dalam permainan dan jualan produk lain. Keuntungan sebelum cukai pula sebanyak €48 juta (RM 191 juta). Jumlah pendapatan meningkat berkali ganda hasil populariti permainan Angry Birds, melalui siri pertama, Seasons […] Continue reading →