iOS 6 yang diperkenalkan oleh Apple membawa perubahan besar dalam sistem operasi yang digilai ramai itu. Antara perubahan yang dilakukan; Google Maps yang digunakan sejak bertahun digantikan dengan Maps mereka sendiri.
Apple mendakwa aplikasi maps tersebut membawa revolusi baru yang akan diminati oleh pengguna kerana menampilkan fungsi flyover, bangunan 3D dan lain-lain.
Selepas iPhone 5 dilancarkan minggu lepas, pengguna telah mencuba sendiri maps terbaru ini dan respon yang diterima amat menyedihkan. Ramai pengguna yang jengkel dengan maps terbaru itu, meluahkan bermacam respon negatif di media sosial.
Stesen bawah tanah di London pula menyindir Apple dengan menawarkan peta kepada pelanggan yang menggunakan iOS6;
Seorang pembangun laman web; Tom Scott pula menghasilkan video parodi yang mengatakan, masalah tersebut wujud kerana maps iOS6 mampu menunjukkan dunia berlainan, termasuk “water world”, “low-resolution world” dan “wibbly-wobbly world”.
Apple tidak menolak bahawa aplikasi maps ini sebenarnya masih belum lengkap, tetapi walau apa pun jawapan mereka, pengguna sendiri boleh menilai bahawa aplikasi ini sebenarnya masih belum sepatutnya dilepaskan kepada umum, tanpa pilihan alternatif lain. Tindakan Apple yang menggantikan terus Google Maps dengan aplikasi ini jelas menunjukkan keegoan mereka terhadap produk pesaing. Renung-renungkanlah, dan selamat mengumpul duit untuk dihabiskan keatas iOS6 ini. peace!
sumber : Bits
| Original content here is published under these license terms: | X | |
| License Type: | Non-commercial, Attribution, Share Alike | |
| License Summary: | You may copy this content, create derivative work from it, and re-publish it for non-commercial purposes, provided you include an overt attribution to the author(s) and the re-publication must itself be under the terms of this license or similar. | |
| License URL: | http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/ | |









mmg sesal kemudian tidak berguna..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Hantu Drift : Drift Motorsikal
Apple kalau menyesal pun duit dia dah berlambak…kalau yang beli iPhone5 tuh menyesal…apa pon tak boleh…beli dah mahal2 kena troll plak ngan Apple…lol
sollehahn recently posted..Apple Map pada iOS 6 menjadi bahan ejekan
haha.. sungguh fail Apple Map die yg baru tue.. tapi fan base Apple mmg ramai, dah la fanatic lagi tue.. jadi bagi mereka “ini takpe”..
ZoOL recently posted..Diablo III Loot Infographic
tu yg ak menyampah ngan ifag…dh jadi macam ni pon still nk agungkan apple…walaupun minat ngan samsung, ak still bash diorg bila update lambat sgt…
sollehahn recently posted..Apple Map pada iOS 6 menjadi bahan ejekan
mungkin pengguna boleh gunakan maps application alternative to apple iphone 5 yang baru diperkenalkan buat sementara
lewisdotmy recently posted..Maps Application Alternative To Apple iPhone 5
yup…Tim Cook pun sarankan guna apps lain sementara diorang update maps iOS6 ni
sollehahn recently posted..Tim Cook memohon maaf kepada pengguna Apple
Harga wajar diturunkan kerana spec lebih kurang dengan model iPhone 4.
luke recently posted..Maps iPhone dedahkan peralatan rahsia ketenteraan Taiwan
maps iphone ni main tangkap muat jer, sebab persaingan sengit.
luke recently posted..Maps iPhone dedahkan peralatan rahsia ketenteraan Taiwan
tu la pasal…skang ni apple sendiri dah malu…lagi busuk nama dia ada laa
sollehahn recently posted..Pengguna peranti mudah alih berjumlah 6 billion orang