Pengumuman Jelly Bean ; Android 4.1 oleh Google bulan lepas memberi harapan kepada pengguna Android untuk mendapatkan versi tersebut. Walaubagaimanapun, kepada pengguna Sony , ada berita kurang baik untuk anda ; khasnya kepada mereka yang menggunakan peranti model tahun 2011.
Sony, sepertimana diperkatakan dalam blog Xperia, mengesahkan tidak akan ada kemaskini rasmi Jelly Bean untuk model-model yang dikeluarkan pada tahun 2011.
Sehingga kini, pengeluar-pengeluar lain juga masih belum memberi pengumuman rasmi mengenai kemaskini versi Jelly Bean, kecuali ASUS yang bakal mengemaskini peranti Tegra, dan HTC yang memberi keutamaan kepada siri One.
Walaubagaimanapun, ramai pembangun-pembangun bebas menunjukkan minat untuk membangunkan Custom ROM berasaskan Jelly Bean. Jadi untuk peranti yang tidak mendapat kemaskini rasmi; banyak pilihan Custom ROM bakal menanti anda.
| Original content here is published under these license terms: | X | |
| License Type: | Non-commercial, Attribution, Share Alike | |
| License Summary: | You may copy this content, create derivative work from it, and re-publish it for non-commercial purposes, provided you include an overt attribution to the author(s) and the re-publication must itself be under the terms of this license or similar. | |
| License URL: | http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/ | |
Incoming search terms:
- jelly bean untuk sony w8
- rom jelly bean untuk sony w8





ada ura2 s dpt update..best nya..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Duti Eksais : Harga Kereta Murah Selepas PRU13
s2 ke?…mungkin ada, tapi gud luck ar menunggu…hahah
sollehahn recently posted..Tiada Jelly Bean untuk model 2011 : Sony