Google Inc bekerjasama dengan syarikat Taiwan, Asustek untuk memperkenalkan tablet android mereka sendiri. Tablet tersebut bakal diperkenalkan dalam Google I/O yang bermula hari ini di San Francisco. Peranti tersebut dikatakan menggunakan versi terbaru Android ; Jelly Bean.
Pasaran tablet merupakan cabaran utama kepada Google pada masa ini. Dalam pasaran telefon pintar, Android telah dapat menguasai lebih separuh pasaran, mengatasi Apple. Bagaimanapun, dalam pasaran tablet, masih belum ada peranti dilihat dapat menjejaskan jualan iPad.
Tablet Android sedia ada banyak dikeluarkan syarikat seperti Samsung Electronics Co, HTC Corp, dan syarikat yang diperolehi Google dengan harga USD 12.5 billion bulan lepas; Motorola Mobiliti Holdings. Walaubagaimanapun, Google berhasrat ingin menggunakan nama mereka sendiri, sepertimana yang mereka lakukan dengan siri peranti Nexus.
Tablet Google ini dijangka dijual dengan harag USD 199 (~ RM 640).
| Original content here is published under these license terms: | X | |
| License Type: | Non-commercial, Attribution, Share Alike | |
| License Summary: | You may copy this content, create derivative work from it, and re-publish it for non-commercial purposes, provided you include an overt attribution to the author(s) and the re-publication must itself be under the terms of this license or similar. | |
| License URL: | http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/ | |





perlumbaan menghasilkn gadget murah pula..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Bingung
google ni, memang tak leh tengok orang lebih dari dia..
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7
sama je ngan apple tuh…hahah
sollehahn recently posted..Malware menyerang 100,000 peranti Android di China