Nokia bakal memberhentikan 10000 pekerja

Syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal dari Finland, Nokia, semalam berkata, mereka bakal memberhentikan sehingga 10000 orang pekerja di seluruh dunia menjelang akhir 2013.

Nokia

Nokia merancang untuk menjimatkan perbelanjaan 1.6 billion euro (USD 2 billion) melalui tindakan tersebut, sekaligus mengurangkan kos pengeluaran. Syarikat tersebut dijangka menutup kilang mereka di Salo, Finland dengan kira-kira 850 orang pekerja diberhentikan.

 Pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Nokia di Espoo, CEO Nokia Stephen Elop melahirkan rasa kesal yang mendalam dan berikrar bahawa produk syarikat yang paling penting pembangunan dan ibu pejabat mereka akan kekal di Finland.

Akibat daripada tindakan tersebut, saham Nokia jatuh sehingga kurang 2 euro, berbanding 65 euro ketika kemuncak kejayaan Nokia pada tahun 2000.

nokia shares

sumber : bernama

Related Posts with Thumbnails

Subscribe / Share

Article by sollehahn

sollehahn is a web designer/developer and blogger at sollehahn.com
sollehahn tagged this post with: , Read 370 articles by

10 Comments

  1. titan says:

    dah jadi normal berhentikan kerja sekarang ni..
    titan recently posted..Asal-usul Panda hitam putih.My Profile

  2. dri 65 euro kepada 2 euro seunit..pergh..btul2 menguncup..

  3. Aaron says:

    kesian kat diorang yang kerja bawahanni..mcm tu la..ikut bos je

  4. chii says:

    nokia da semakin kurang mendapat perhatian di hati peminat
    chii recently posted..Majlis Perkahwinan Orang SingapuraMy Profile

Archives

Buffer
GetSocial