Nampaknya, selain perang paten, gergasi-gergasi internet kini turut berperang mendapatkan sebanyak mungkin aplikasi dan syarikat bagi memperkukuh kedudukan. Sebelum ini kecoh dengan pembelian Instagram, selain ura-ura minat terhadap Opera oleh Facebook.
Semalam, Google pula mengumumkan pengambil alihan Quickoffice oleh mereka. Quickoffice yang dilancarkan pada 1997, adalah perisian mudah alih bagi membaca dan mengedit dokumen yang popular dalam platform iOS dan Android. Quickoffice membolehkan pengguna membuka fail Microsoft Office didalam seranti mudah alih mereka. Ia digunakan di lebih 180 buah negara dengan jumlah 30 juta orang pengguna.
Tindakan ini dilihat satu langkah bijak oleh Google, memandangkan Microsoft telah menghentikan pengeluaran Microsoft Office untuk peranti mudah alih, sekaligus memberi ruang kepada Google memasarkan QuickOffice dengan lebih mudah.
Butir-butir terperinci mengenai Quickoffice bagaimanapun tidak didedahkan. Google, Isnin lalu membeli satu lagi syarikat, Meebo, dengan harga lebih kurang USD 100 juta.
| Original content here is published under these license terms: | X | |
| License Type: | Non-commercial, Attribution, Share Alike | |
| License Summary: | You may copy this content, create derivative work from it, and re-publish it for non-commercial purposes, provided you include an overt attribution to the author(s) and the re-publication must itself be under the terms of this license or similar. | |
| License URL: | http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/ | |





perlumbaan membeli aplikasi..
Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Penyu
kita tengok je nanti sape yang untung, sape yang rugi…hohoh
sollehahn recently posted..Rangkaian Celcom kini bersedia untuk LTE