Berita IT di sana-sini [20 Nov 2010]

Hari ini banyak berita berkaitan IT yang saya perolehi dan saya berbesar hati untuk berkongsi.

1. Penggodam Malaysia dan Pentagon
Berita terhangat saya dengar hari ini. Seorang penggodam dari Malaysia mencuri maklumat 400,000 akaun kad kredit di US. Lebih hebat, dia turut berjaya menceroboh sistem sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Pentagon, menyebabkan risiko kebocoran maklumat keselamatan US.

p/s: Memang hebat orang Malaysia. Tapi sayangnya, digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya.

2. Windows 8
Maximumpc menulis artikel mengenai apa yang diharapkan dalam Windows 8.

p/s : Tak sabar menanti Windows 8. Lebih-lebih lagi selepas membaca artikel tu.

3. Pembangun sumber terbuka lebih berat badan
NetworkWorld melaporkan mengenai pembangun sumber terbuka (open source) yang mempunyai berat badan berlebihan. Kesimpulan tersebut diperolehi berdasarkan pilihan saiz t-shirt dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

p/s : Hari-hari duduk depan PC, lupa dunia luar, mestilah berat badan pun bertambah. Erk..saya pun terasa..hehe..

4. iPhone mengalahkan Blackberry
IntoMobile pula menjalankan survey mengenai smartphone, dan hasilnya, para pengguna memilih iPhone, mengalahkan Blacberry di tempat terakhir. Ini menandakan para pengguna lebih berpuas hati dengan iPhone.

p/s : Impak iPhone 4 jelas kelihatan di sini. Nampaknya RIM, pengeluar Blackberry perlu berusaha lebih gigih selepas ini.

Related Posts with Thumbnails

Incoming search terms:

  • berita it

Subscribe / Share

Article by sollehahn

sollehahn is a web designer/developer and blogger at sollehahn.com
sollehahn tagged this post with: , , , Read 370 articles by

8 Comments

  1. amin says:

    penggodam malaysia dah makin hebat..positif & negatif????
    amin recently posted..Facebook email – @facebook The New MessageMy Profile

  2. skelertor says:

    hal2 IT ni all the time ade.. takyah nak tgu 2 3 mingu pun… 2 3 min pun dah ade cite baru.. nak taknak aku IT guys kene ah ikot sume hal2 IT ni
    skelertor recently posted..Nissin Di466 reviewMy Profile

  3. eastbullet says:

    penggodam malaysia semakin hebat, boleh lah cipta anti-virus sendiri lepas ni, dan cipta “crack” sendiri.. mengalahkan skidrow dan razor.. he3!

    for the iPhone, selama hidup ni, tak pernah nampak iPhone depan mata. Blackberry pun, yang chinese punya selalu lah jumpa..
    eastbullet recently posted..How To Make Feint Skill in PES 2011My Profile

    • sollehahn says:

      anti-virus sendiri?…ko tak tau ke?..orang malaysia adalah pencipta anti-virus terawal di dunia….cuba search v-buster…

      aku, iPhone pernah tgok 2-3 kali…blackberry selalu ar…member2 ramai pakai…

  4. mankuchai says:

    Dengar kata hacker dari indonesia hebat juga he3..zaman sekarang kalau kita hebat dalam IT ada lagi yg lebih hebat…:)

    • sollehahn says:

      oh yeke…tak tau lak pasal tuh…biasa ar, kita takleh anggap kita yang terbaik dalam apa2 bidang pun…

      zaman sekarang ni, berdiri sama tinggi dengan orang lain dah cukup memuaskan hati…yang penting, jangan jauh sangat kita ketinggalan.

Archives

Buffer
GetSocial