Sejak akhir-akhir ni, laman sosial Facebook menjadi satu lagi sumber utama mendapatkan trafik ke blog, selain dari enjin carian. Salah satu cara paling popular adalah dengan menggunakan fanpage blog. Penggemar fanpage tersebut akan mendapat feed secara automatik dari blog dan ini mampu menyumbang kepada trafik yang lebih tinggi.
Justeru kali ini, saya ingin berkongsi ilmu, mengenai cara-cara memasang like box pada blog.
Terlebih dahulu, anda perlu membuat fanpage blog anda di facebook. Link untuk membuat fanpage boleh didapati di laman utama facebook.
Kemudian pergi ke Facebook Developer Documentation;
Pada kotak “URL”, isikan url fanpage yang anda telah create. Sebagai contoh, url fanpage sollehahn.com adalah “http://www.facebook.com/pages/sollehahncom/148044921898418″. Jika anda mengisi url dengan betul, ruangan preview di sebelah kanan akan memaparkan fanpage anda.
Pilih tetapan yang anda inginkan. Buang tanda pada kotak “stream” jika tidak mahu memaparkan feed blog anda. Buang juga tanda pada petak “header” untuk menyembunyikan header “find us on facebook” di bahagian atas.
Selesai setting, klik butang “get code” dan anda akan diberi script untuk disalin. Saya sarankan, guna code iframe kerana facebook bakal menghentikan servis XFBML. Code yang anda copy ini, pastekan sahaja pada widget (wordpress) atau sidebar (blogspot) blog anda.
Masuk ke blog anda dan anda akan dapati like box telah terpasang di blog anda.
Selamat mencuba!







I would like to do so. I mean increase my blog traffic, but i do not want everyONE to know my secret, though. Anyway, thanks for the information. Good luck for you
manjitan recently posted..Maxis Joins the Evangelist Program
actually..not everyone will know…only your blog fan…lol
Terima kasih. saya pakai habis.
Abd.Rashid recently posted..Kerugian akibat banjir
sama-sama
aku masih belum merancang untuk buat fanpage sendiri. Ini kerana semua blog yang aku ada sekarang ini adalah masih belum kekal. Selepas punyai camera DSLR sendiri, dan pengajian di universiti dah stabil. Baru akan betol bergiat aktif dalam blogging…
nanti bila2 nak buat jgn lupa datang semula..buat rujukan…huhu
terima..boleh dicuba nanti..
sama-sama…