Google Insight merupakan salah satu aplikasi dari Google Inc yang memaparkan trend carian pengguna internet. Sesetengah orang mungkin menganggap data seperti ini tidak banyak gunanya. Akan tetapi, data dari Google Insight ini dapat membantu blogger, web developer malah peniaga. Disini saya terangkan beberapa perkara yang boleh kita ketahui melalui Google Insight.
1. Jenis produk popular
Bagi peniaga, adalah penting mengetahui jenis produk yang diinginkan pengguna. Ini dapat diketahui melalui penggunaan Google Insight. Sebagai contoh, seorang penjual baju. Dengan keyword baju pada Google Insight, trend carian berkaitan baju dapat diperolehi;
Daripada hasil yang diperolehi, kita dapat mengetahui pengguna lebih banyak mencari mengenai baju kurung, diikuti dengan baju pengantin dan kemudian baju melayu.
2. Kajian keyword popular sesuatu niche
Jika anda penulis blog niche, Google Insight dapat memberi anda keyword paling popular. Sebagai contoh, jika niche anda “Google”, lihat hasil carian dari Google Insights;

Disini kita dapat melihat, term yang popular adalah “Map Google” dan “Google Earth”. Dari sini juga anda boleh mendapatkan idea penulisan melalui keywords lain yang popular yang dipaparkan.
3. Masa sesuai menulis sesuatu perkara
Anda juga dapat mengetahui kesesuaian sesuatu keyword pada masa-masa tertentu. Contohnya ; keyword “Sosilawati”;
Dengan jelas didapati bahawa pencarian mengenai Datuk Sosilawati begitu jauh menurun, jadi jika anda berniat menulis mengenai Allahyarhamah untuk mendapat trafik dari enjin carian, sekarang bukanlah masa yang sesuai.
Selain itu, Google Insight juga dapat memberi anda input mengenai trend carian mengikut tempat (negeri) yang sesuai untuk peniaga atau blogger yang mensasarkan kawasan tertentu sahaja.
Incoming search terms:
- kajian baju melayu



memang bagus selalu gak tengok benda alah ni
sharinginfoz recently posted..Arsenal Belasah Manchester City 3-0
btol2…kalau slalu usha google insight ni, kita bleh predict trend carian pengguna internet utk satu2 masa