Enjin carian seperti Google adalah sumber utama untuk mendapatkan trafik ke blog anda. Akan tetapi, bukan mudah untuk mendapatkan tempat yang baik dalam enjin carian. Beberapa aspek perlu diambil kira sebelum blog anda dapat muncul dalam enjin carian. Dalam entri kali ini, saya kongsikan beberapa panduan asas SEO (Search Engine Optimization) yang saya petik dari “SEO Starter Guide” yang dikeluarkan oleh Google.
1. Gunakan tajuk yang unik dan tepat
Tajuk untuk sesuatu halaman blog anda mestilah unik. Tajuk ini di set menggunakan tag <title>;
<title>Pengasas Google | sollehahn.com</title>
Tag ini yang akan muncul pada hasil enjin carian. Untuk hasil terbaik, gunakan tajuk yang berbeza untuk setiap halaman blog anda.
2. Gunakan meta tag sebaik-baiknya
Seperti juga tag <title>, tag <meta> ini perlulah berlainan untuk setiap halaman blog anda;
<meta name=”description=”Artikel ini menceritakan kisah mengenai pengasas Google“>
3. Perbaiki struktur URL
Pastikan tajuk artikel anda terkandung dalam URL artikel tersebut;
http://sollehahn.com/tag/pengasas-google/
URL ini terkandung dalam hasil carian dan membantu URL tersebut mendapat tempat yang baik.
4. Permudahkan navigasi blog
Navigasi dalam blog anda dapat diperbaiki dengan menyediakan link ke tag/kategori blog. Widget “archive” juga sesuai digunakan. Navigasi yang mudah bukan sahaja disukai oleh enjin carian, malah memudahkan pelawat anda. Cara paling mudah membina struktur navigasi adalah dengan membina sitemap blog anda.
Contoh sitemap ; http://sollehahn.com/sitemap.xml
5. Benarkan enjin carian “membaca” gambar
Gambar dalam blog hanya untuk tatapan mata anda dan pengunjung. Akan tetapi, enin carian tidak dapat melihat gambar tersebut. Jadi, benarkan enjin carian membaca gambar anda dengan cara memberi filename yang menghuraikan gambar tersebut. Pastika juga anda meletakkan tag <alt> untuk gambar tersebut.
Contoh script imej yang baik ;
<img title=“pengasas google” src=”http://sollehahn.com/wp-content/uploads/2010/09/pengasas google.jpg” alt=”Pengasas Google” width=”384″ height=”307″ />
Itu serba sedikit panduan mengenai SEO. Tips-tips ini akan saya huraikan dengan lebih lanjut, satu-persatu dalam artikel lain. Saya tidaklah benar-benar arif mengenai SEO, tetapi dengan mengamalkan tips-tips diatas, blog ini mendapat tempat yang agak baik dalam enjin carian. Jika tidak percaya, search keyword “pengasas google” dan anda akan dapati blog saya berada di tempat 3-5 dalam enjin carian Google. Keyword “statistik facebook malaysia” pula berada di kedudukan 7-10.
Dalam artikel selanjutnya, saya akan mengulas mengenai plugin SEO untuk wordpress. Jadi jangan lupa singgah semula nanti. =)





aku guna all in one seo, tapi tak faham betol macam mana nak guna.. sebab wordpress dah ade description dan tag tab.. all in one seo pun ada.. nak isi mana satu pun konfuse..
eastbullet recently posted..PES 2011 Gameplay by Awaniz
huhu…kalau nak tau…tggu je entri aku pasnih…aku wat reviu pasal all in one seo pack tuh…
assalamualaikum..
tak tau sangat aspek teknikal ni.. belasah je tulis blog. baru berapa bulan je. tunggu kat page ‘terma enjin carian’ tak de respon. bila artikel pasal nombor baru ada. oo…cam tu..org cari nombor ekor..
ko teruskan kerja ko tu. aku yg dah blur harap kat budak2 macam ko je la..
abgreds recently posted..Terkenang semasa dulu…
memula mmg gitu bro…blur2 lagi…belajar skit2, lama2 jadi bukit..eh..jadi power laa…haha
Samalah, suami selalu beri tunjuk ajar, tapi dek kerana tidak mahu memenuhkan kepala dengan perkara teknikal, saya hanya cakap ‘ya tuan’ angguk-angguk tanda faham. Ada jugaklah yang masuk, tapi kebanyakannya perkara yang mudah dan asas.
SEO ni tau yang basic2 je pon dah ok kot…dapat gak skit2 trafik dari google…lain la kalau kita nak major trafik kita dari search engine
walaupon dianggap basi tapi tidak kepada pencari maklumat tentang SEO betul tak ?artikel macam ni tak lapuk dek hujan,orang sentiasa cari …thanks bro !
betul!…orang yang menganggap maklumat macam ni dah basi adalah mereka-mereka yang tak pentingkan SEO je.
jangan lupa linkkan url sitemap.xml ke google webmaster…
syahrilhafiz recently posted..Cara-cara install Ubuntu 1010 Alternate
btol2…sitemap tu kene submit ke google…sape2 yang tak tahu, nantikan reviu google webmaster…=)
Terima kasih bro fo da info..PKe masih lagi belajar..
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Video Lawak Si Pemuda Itali
sama2
thnkz! byk info menarik ni….
nick irfan recently posted..BUAH APA NI part 2
sama2..terima kasih sbb sudi singgah
wahhh banyak benda baru belajar nie…
thank u2x..
zik recently posted..Peperangan hari khamis
Good info dude..tips pasal filename gambar tu jarang2 orang ulas
thankx br0…aku pun baru nak belajar pasal seo ni
camna nak buat meta tag tu.nak letak kat mana?tak faham la tuan
slimdiet2 recently posted..Dare to fail
untuk blogspot memang coding lain sikit…
tengok kat template, cari coding header :
<b />tukar jadi
<b> </b>boleh tukar description dan keyword tu ikut suka..
aiseh tak kuar lak coding..
tengok kat sini:
http://sollehahn.com/wp-content/uploads/2010/11/meta.txt
Bro, ble lgie nak post ttg SEO nie??/
Zainol Rashid recently posted..Selamat Tahun Baru 2011
saya ada 2-3 post dalam draft berkaitan SEO…atas permintaan saudara Zainol, saya akan publish 1 hari ini…terima kasih sudi datang menjenguk
aku bab SEO ni memang tak leh blah.. pasal tu aku pakai thesis theme jer..
zoul recently posted..Tempat Urut Tradisional Yang Mantap
belajar sikit-sikit..aku pun bukannya pandai sangat
Yes!! gambar memang penting, ia menaikkan density SEO
AdaAkuKesah recently posted..Alexa Ranking Challenge
yup…tp byk sgt…densitiy takleh lebih2…performance blog pon kena jaga, takleh slow sgt