[Hampir] Segalanya Tentang Facebook

Sebelum ni saya ada kongsikan mengenai Google. Kali ni saya nak berkongsi mengenai Facebook pula.

Saya percaya semua anda akaun Facebook. Atau mungkin ada yang dah buka lebih dari satu akaun, ada yang dah jadi admin berpuluh-puluh Groups/FanPage di Facebook, tapi berapa ramai yang tahu sejarah Facebook?. Ini dia, info-info yang mungkin anda tak tahu tentang Facebook;

Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg - pengasas Facebook

1. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg, dari biliknya di Universiti of Harvard, pada 4 February 2004, bersama-sama rakan sekelasnya, Chris Hughes, Dustin Moskovitz dan Eduardo Saverin.

2. Zuckerberg berkemungkinan besar mendapat ilham daripada laman direktori pelajar “The Photo Address Book” di sekolah tingginya (Philips Exeter Academy), yang lebih dekinali sebagai “The Facebook” di kalangan pelajarnya.

3. Facebook pada mulanya dibuka khas untuk pelajar di Harvard sahaja sebelum Zuckerberg mengambil keputusan untuk menyebarkannya ke tempat lain. Bermula dari Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown and Yale, Facebook kemudian terus disebarkan ke Universiti dan Kolej yang mempunyai hubungan sosial dengan Harvard.

4. Pelabur terawal Facebook adalah pengasas PayPal, Peter Thiel. Pelaburan $500,000 daripada beliau yang membantu memperkembangkan fenomena Facebook.

5. Hanya 10 bulan selepas dimulakan, pada Disember 2004, Facebook telah mencapai 1 juta pengguna aktif. Facebook berkembang pada kadar yang sangat pantas dan sehingga kini, pengguna aktif diseluruh dunia telah melebihi 500 juta orang.

6. 70% pengguna Facebook adalah penduduk luar U.S.

7. Pada 2006, Yahoo menawarkan $1 billion untuk mendapatkan Facebook, tetapi ditolak oleh Zuckerberg. Hari ini, Facebook dianggarkan bernilai $8-$11 billion.

8. Facebook telah menjadi terlalu popular, hinggakan psychologist telah mengenalpasti satu masalah mental baru ; “Facebook Addiction Disorder”.

9. Sepertimana Google, Facebook menjana kewangannya melalui iklan.

10. Fenomena Facebook telah mambawa kepada kewujudan beberapa perkataan baru. Pada 2005 “Facebooking” membawa maksud ; melihat profil rakan dalam laman Facebook. Collins English Dictionary telah mengisytiharkan, “Facebook” sebagai Word of The Year pada 2008. Pada December 2009, New Oxford American Dictionary memasukkan terma “unfriend” dalam kamus mereka. “Unfriend” membawa maksud ; membuang seseorang sebagai rakan dalam laman sosial seperti Facebook.

11. Hari ini, lebih 14 juta gambar dimuatnaik ke laman Facebook setiap hari, dengan purata bulanan lebih 3 billion gambar.

12. Sebuah filem, “The Social Network”, yang berkisar mengenai sejarah awal Facebook dan Zuckerberg telah mula ditayangkan pada 1 Oktober 2010. Filem tersebut diadaptasi dari buku “The Accidental Billionaire” tulisan Ben Mezrich.

sumber : Wikipedia

Related Posts with Thumbnails

Subscribe / Share

Article by sollehahn

sollehahn is a web designer/developer and blogger at sollehahn.com
sollehahn tagged this post with: , , , , Read 370 articles by

16 Comments

  1. @rtzam says:

    Bro nice info..thx for sharing..
    @rtzam recently posted..How to crop image with pen toolMy Profile

  2. ZoOL says:

    haha.. ada juga ye penyakit camni “Facebook Addiction Disorder”..

    Friendster, Myspace tenggelam bila Facebook start popular..
    ZoOL recently posted..BlynkDontByte Edisi KhasMy Profile

    • sollehahn says:

      haha…tu la pasal….jadik punca penyakit facebook nih…
      fenomena facebook mmg luar biasa….masa google naik dulu takde lak yahoo ngan aol tenggelam tros….

  3. maverick says:

    good info bro…ade org kate zuckerberg ni cilok idea kwn die…btul ke bro…

  4. MK says:

    salam,

    fakta 6 to 11 tu,saya baru tahu :) info yg bagus ni :) :)

  5. info yg sgt menarik, thanx bro
    cendawanakrab recently posted..Teknik Reset Password Windows 7 Jika TerlupaMy Profile

  6. eastbullet says:

    serius, dari dulu aku berangan nak mencipta impak macam ni.. buat sesuatu yang berguna untuk orang ramai… lepas ni boleh join contest “idea”..
    eastbullet recently posted..PES 2011 Gameplay by AwanizMy Profile

  7. Makin kaya dan terkenal la Mark setiap hari..
    Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Video Lawak Si Pemuda ItaliMy Profile

  8. aku stuju cdngan si awaniz…kita perlu cari idea mcmne nk bt sesuatu yg ‘gedebooom’ mcm fb ni..nk dptkn idea mmg susah…tpi itu semua xmustahil klu kita fikirkn sama2
    cendawanakrab recently posted..Kod Aturcara VirusMy Profile

  9. If you’re still on the fence: grab your favorite earphones, head down to a Best Buy and ask to plug them into a Zune then an iPod and see which one sounds better to you, and which interface makes you smile more. Then you’ll know which is right for you.

  10. kesatriapoyos says:

    dari pembacaan saya la,mark ni penah kene saman dgn kawan die sendiri sebab die mengatakan menciplak idea kawan die tu,tapi walaupon kalah kat court..mark tetap tuan empunya facebook dan membayar pampasan keatas kawannya…..

    itu ape yang saya tau…

    • sollehahn says:

      memang btol…mark dan kawan dia pernah bangunkan sistem sama-sama, tapi dia dropout, buat sistem sendiri, sebab tu kawan dia saman…

      mark bayar pampasan tu, tapi kawan dia still tak puas hati…

Archives

Buffer
GetSocial