Seorang kenalan menghantar emel kepada saya, bertanya mengenai Joomla dan WordPress. Kedua-duanya adalah CMS (content management system) paling popular masa kini dan dia meminta pandangan mengenai CMS yang lebih sesuai untuk laman webnya.
WordPress – mungkin tidak perlu lagi saya menceritakan mengenai CMS ini memandangkan ramai blogger menggunakannya. Tetapi bagi mereka yang tidak mengetahui mengenai Joomla, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini:
Joomla.org – Laman Rasmi Joomla
JoomlaMalaysia – Komuniti Joomla Malaysia
Bagi yang mengenali kedua-dua WordPress dan Joomla, mungkin keliru yang mana satu patut digunakan untuk membina laman web anda. Disini saya berikan beberapa tips secara ringkas untuk anda mula memilih.
Terdapat beberapa persamaan antara WordPress dan Joomla. Antaranya plugin dalam WordPress, sama seperti module dalam Joomla. Begitu juga dari segi kategori.
Secara keseluruhannya, WordPress sangat mudah dan ringkas, Joomla pula lebih fleksibel. Jika anda membangunkan blog, saya sarankan anda gunakan WordPress kerana untuk blog, anda tidak memerlukan “advance features” yang ada pada Joomla. WordPress juga bagi saya lebih mudah digunakan untuk mereka yang mengejar SEO. Selain itu, theme untuk WordPress lebih mudah didapati.
Joomla pula menawarkan function yang lebih sesuai untuk pembinaan laman web. Antaranya penambahan forum, e-commerce dan lebih berbentuk laman komuniti. Justeru jika anda mahu menawarkan tapak komunikasi sosial untuk pengguna, Joomla adalah pilihan anda. Untuk mendapatkan lebih fungsi untuk laman Joomla anda, Joomla Extension Directory menawarkan hampir 6000 extension untuk anda pilih.
Pastikan anda membuat pilihan yang tepat sebelum memulakan laman web anda kerana tugas memindahkan kandungan dari satu CMS ke CMS lain bukanlah satu kerja yang mudah. Saranan saya, cuba dahulu kedua-dua Joomla dan WordPress ini di localhost.
Incoming search terms:
- bina laman web guna wordpress
- nak guna template joomla yang free tu
- buat laman web guna joomla
- buat web guna joomla
- laman web guna wordpress
- membuat web guna templet joomla
- nak belajar joomla
- nak pakai wordpress atau joomla



contoh blog saya guna joomla…
maverick recently posted..Blog bercuti
wah…saudara maverick memang rajin….saya memang tak cukup rajin nak customize joomla jadi macam tuh…hehe
sollehahn recently posted..Saya Blogwalking dengan jujur!
setuju, saya sudah pernah mencuba joomla untuk membuat forum, hasilnya gagal di pertengahan jalan! Serius nak buat joomla kena belajar dari basic, sekurang-kurangnya ada kelas tambahan. Mungkin suatu hari nanti saya akan belajar secara personal dengan mereka yang mahir. Tak salahkan wanita menjadi pakar joomla?
hehe~
skang ni nak belajar wordpress pulak…lol…terbalik…patut belajar wordpress dulu
maverick recently posted..Tips mudah nak jimat belanja
rasanya tak salah kot….tak kisah la belajar mana dulu…saya pun kenal joomla dulu sebelum kenal wordpress…
pertama kalai aku kenal blog adalah wordpress. terus daftar. dah beli domain pun masih wordpress. dah biasa. bila aku start keje kat company buat laman web, maka aku pun kenal la joomla. skrg dua2 ni aku dah mahir sikit.
bos aku kata tak sesia amik aku keje, sbb aku seorang blogger. hahaha!
memang die-hard-fan wordpress la ni ek?..huhu..
yess…siapa kata blogging tak mendatangkan hasil?…dengan blogging byk yg kita dpt…
bila orang guna saya, rasa kekok nak tulis aku… hi3! so, aku gunakan saya… err..
saya pernah gunakan wordpress dan jooma xoops dan macam2 lah. saja nak cuba2 sebab minat pasal benda camni.
for me joomla sesuai untuk bina laman web, bukan “blog”. sebab ianya lebih complicated, dan berbaloi habiskan masa.
wordpress memang sesuai untuk blog sebab lebih simple dan jimat masa..
dulu buat website sekolah guna joomla, sekarnag website tu saya tutup sebagai tanda protes kat pengerusi alumni.. he3!
eastbullet recently posted..Peluang Memenangi Barangan Razer Secara PERCUMA!!
“saya” hanya bahasa dalam post sebagai formaliti…selain tu, fleksibel, aku bleh, saya pon bleh..hehe
saya pon suka explore, sebab tu kenal dgn joomla tu…dan jgn lupa satu lagi CMS yang agak popular ; drupal
kalau rajin macam sdra maverick, boleh je buat blog pkai joomla..huhu
siap protes pengerusi alumni lak…konspirasi?…haha
salam,
Masih blur lagi apa itu joomla…akan belajar sedikit demi sedikit.
belajar sikit2….joomla memang susah sikit, tapi berbaloi…klu tgok laman web kerajaan pon skang banyak yang guna joomla…
Nice Article, inspiring. Aku juga suka nulis artikel bidang bisnis di blogku : http://www.yohanwibisono.com, silahkan kunjungi, mudah-mudahan bermanfaat. thx
how are you!This was a really exceptional post!
I come from milan, I was fortunate to discover your topic in baidu
Also I obtain a lot in your theme really thank your very much i will come again
saya pun baru kenal dengan joomla.dulu asalnya buat blog pakai free wordpress . sekarang dah pandai pasang wordpress berdomain dan joomla. Yang masaalahnya sekolah saya pakai wordpress . Personal blog guna joomla. Terbalik
Nak tukar laman web sekolah tu takut. Nanti ada orang komen lagi.Dulu selalu tukar template. hahaha…
yusri recently posted..Keputusan Permohonan Tajaan JPA dan MARA Untuk Ijazah Luar Negara 2011
huhu…mmg terbalik….tapi takde masalah kot…wordpress pun sesuai kalau buat webpage sekolah