About sollehahn maximus

Website: http://sollehahn.com
sollehahn has written 375 articles so far, you can find them below.

Permainan paling popular 2012 mengikut platform (Q1)

 Berikut adalah laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen berkaitan statistik permainan yang paling popular mengikut platform, untuk suku pertama 2012. Para pemain dilihat lebih meminati permainan atas talian (online). World of Warcraft terus mendominasi platform PC dengan pecahan lebih 7% dengan purata 500 minit setiap minggu bagi setiap pemain. Dalam kategori peranti mudah alih pula, 3 […] Continue reading →

Apple dikritik kerana menghalang aplikasi untuk menderma

 Pertubuhan kebajikan mengkritik pembuat iPhone dan iPad, Apple Inc. kerana polisi mereka yang tidak membenarkan derma secara terus melalui aplikasi. Sebelum ini juga, Apple pernah dikritik diatas sikap mereka terhadap kebajikan. Teknologi memberi ruang kepada untuk kerja-kerja amal dan kebajikan, sepertimana penggunaan laman web JustGiving.com, dan derma melalui mesej teks. Bagaimanapun pertubuhan kebajikan terpaksa berhempas […] Continue reading →

Rovio mencatat keuntungan hampir RM 200 juta sepanjang 2011

 Rovio, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan permainan popular Angry Birds, mengumumkan laporan kewangan mereka sepanjang 2011. Jumlah perolehan sebanyak €75.4 juta (RM 300 juta) hasil jualan dalam permainan dan jualan produk lain. Keuntungan sebelum cukai pula sebanyak €48 juta (RM 191 juta). Jumlah pendapatan meningkat berkali ganda hasil populariti permainan Angry Birds, melalui siri pertama, Seasons […] Continue reading →

Jadikan telefon anda kalis air dengan Liquipel

 Gajet kalis air bukan sesuatu yang baru didengari. Sebelum in, Samsung pernah memperlihatkan teknologi serupa di CES 2012. Gadget Evolution, syarikat yang turut mengambil bahagian dalam CES juga menawarkan teknologi serupa, dan anda boleh mendapatkannya dengan harga sekitar USD60- USD80. Produk yang diberi nama Liquipel menggunakan teknologi nano untuk menyalut peranti elektronik dan menjadikannya kalis […] Continue reading →

The Unknown menggodam 9 laman web termasuk NASA dan US Air Force

 Penggodam yang menggelarkan diri sebagai ‘The Unknown’ kelmarin menggodam laman-laman web terkemuka ; NASA, US Air Force,  Harvard, ESA, US Military, French Ministry of Defense, Bahrain Ministry of Defense, Renault, Thai Royal Navy dan Jordan Yellow Pages. Penggodaman keatas semua laman web tersebut dikatakan dilakukan menggunakan kaedah SQL Injection. Lebih 200MB maklumat didedahkan kepada umum […] Continue reading →

The Next Galaxy : Samsung Galaxy S III diperkenalkan kepada umum

 Acara Samsung Mobile Unpacked 2012 yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia) akhirnya menamatkan segala khabar angin mengenai ahli terbaru keluarga Samsung Galaxy ; SIII. Samsung secara rasminya memperkenalkan peranti yang ditunggu-tunggu. Peranti tersebut bakal dijual di pasaran Eropah 29 Mei ini. Pengguna Malaysia pula perlu menunggu bulan Jun atau Julai bagi mendapatkannya. Sementara itu, […] Continue reading →

50 juta dalam 35 hari ; Demam Angry Birds masih belum reda

 Rovio, pengeluar permainan mudah alih terkenal, Angry Birds, mengumumkan bahawa versi terbaru permainan itu ; Angry Birds Space yang dilancarkan sebulan yang lalu dilaporkan telah mencecah 50 juta kali muat turun. Ini menjadikan Angry Birds Space sebagai permainan mudah alih yang paling pantas berkembang. Sebelum ini ramai pengguna yang mengatakan mereka mula bosan dengan permainan […] Continue reading →

Keselamatan Apple 10 tahun di belakang Microsoft : Eugene Kaspersky

 Eugene Kaspersky, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky firma keselamatan Internet mengatakan bahawa pendekatan Apple kepada keselamatan adalah jauh di belakang Microsoft. “Pada saya, mereka adalah sepuluh tahun di belakang Microsoft dari segi keselamatan,” kata Kaspersky di persidangan Info Security 2012. “Selama beberapa tahun saya telah berkata bahawa dari sudut keselamatan pandangan tidak terdapat perbezaan […] Continue reading →

HTC bekerjasama dengan Facebook untuk membangunkan telefon pintar

 Sumber melaporkan, pengeluar telefon, HTC bekerjasama dengan Facebook bagi membangunkan telefon pintar yang bakal berada di pasaran seawal suku ketiga tahun ini. Tindakan HTC bekerjasama dengan Facebook dikatakan akibat kecewa dengan Google yang dilihat semakin rapat dengan rakan seangkatan, Samsung. HTC pernah bekerjasama dengan Google bagi mengeluarkan peranti pertama mereka ; Nexus One. Tetapi kemudian, […] Continue reading →