Samsung Galaxy Note 4 habis ditempah di Korea Selatan

Telefon pintar Samsung Galaxy Note 4, bakal mula dijual di Korea Selatan bermula 26 September ini. Penyedia perkhidmatan teelfon di Korea Selatan ; SK Telecom, KT, LG Uplus, telah membuka pra-tempahan peranti tersebut sejak 18 September lalu.

Pra-tempahan SK Telecom habis terjual dalam tempoh 9 jam sahaja, manakala KT dan LG Uplus habis dalam tempoh 3 hari sahaja.

Samsung Galaxy Note 4 dijual dengan harga KRW 957,000 , lebih rendah berbanding generasi Note sebelum ini yang dijual dengan harga sekitar KRW 1,067,000. Peminat-peminat phablet tersebut di Korea Selatan kini perlu menunggu 26 September untuk membelinya

Sumber : CNET

Tagged with 

Comments are closed.