Samsung Galaxy Note 3 ; Rekabentuk artistik dengan Skrin 5.7 inci

Semalam, Samsung Electronics secara rasminya melancarkan phablet terbaru mereka ; Samsung Galaxy Note 3. Samsung membawakan rekaan artistik dengan bahagian belakang yang lebih mudah dipegang. Trademark Galaxy Note ; S-Pen juga dikemaskini dengan penambahan fungsi dan rekabentuk baru.

Samsung Galaxy Note 3

Samsung Galaxy Note 3 berukuran  151.2 x 79.2 x 8.3mm , 1.1 mm lebih nipis, 1.3mm kurang lebar, 0.1 mm lebih tinggi berbanding Galaxy Note II. Beratnya juga berkurangan 12g menjadi 168g. Bagaimanapun, saiz skrinnya bertambah menjadi 5.7 inci, berbanding 5.3 inci pada Note II.

Galaxy Note 3 didatangkan bersama skrin Super AMOLED dan bateri 3200 maH. Galaxy Note 3 juga hadir dalam 2 versi ; satu versi menggunakan pemproses 2.3GHz Snapdragon 800 chipset, dan satu lagi menggunakan pemproses 1.9GHz Exynos Octa-core.

Beberapa fungsi baru yang diperkenalkan termasuk The Pen Window, Multi-Window yang baru, S Finder, Action Memo, dan Drag n Drop.

Turut sama diperkenalkan semalam adalah Samsung Galaxy Gear dan Samsung Galaxy Note 10.1 versi 2014. Ketiga-tiga model ini bakal dilancarkan pada 25 September ini, dan dijadualkan mula dijual di seluruh dunia bermula awal Oktober depan.

sumber : Engadget

Tagged with 

Comments are closed.