Samsung Galaxy Note III bakal dilancarkan pada 4 September

samsung_galaxy_note_2_v_galaxy_note_d_originalSelepas pelancaran model Samsung Galaxy S4, pengguna menanti pula satu lagi peranti flagship ; Samsung Galaxy Note III. Sebelum ini muncul beberapa spekulasi mengatakan phablet tersebut bakal dilancarkan pada September depan. Baru-baru ini, kedengaran lagi ura-ura dari sumber media di Korea mengatakan Samsung Galaxy Note III akan dilancarkan pada 4 September, beberapa hari sebelum berlangsungnya IFA 2013 di Berlin, German.

Selain Galaxy Note III, Samsung juga dijangkan melancarkan jam tangan pintar (Smart Watch) pada tarikh yang sama. Samsung dikatakan berhasrat melancarkan jam tangan pintar mereka sebelum pesaing mereka, Apple melancarkan peranti iWatch.

Samsung Galaxy Note III dijangka muncul dengan skrin AMOLED 5.7 inci, chip Snapdragon 800, kamera 13MP, dan Android 4.3.

sumber : Techkiddy

Tagged with 

Comments are closed.