Motorola melancarkan Moto X

Hari ini, Motorola secara rasminya melancarkan model flagship terbaru mereka ; Moto X. Model ini adalah antara peranti yang ditunggu-tunggu kerana ia adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh Motorola selepas diambil alih oleh Google.

Motorola Moto X

Daripada pandangan pertama, penjenamaan yang dibawa Google kelihatan sangat ketara, terutamanya penutup belakang yang boleh diubah-ubah mengikut tema dan citarasa pengguna ; sesuatu yang semakin jarang dilihat terutama selepas berakhir era kegemilangan Nokia satu ketika dahulu.

Moto X tidak menjanjikan prestasi, atau digembar-gemburkan sebagai peranti terbaik dipasaran, tetapi Motorola memilih untuk memasarkan peranti ini melalui beberapa kejutan. Salah-satunya ; Moto X didatangkan bersama-sama versi asal Android (Vanilla Android), tidak seperti model-model mereka sebelum ini.

Spesifikasi Moto X;

Sambungan     : Quad-band GSM / GPRS / EDGE, quad-band UMTS / HSPA, LTE 100 Mbps
Dimensi       : 129.3 x 65.3 x 10.4, 130 g
Paparan       : 4.7 “16M-warna (1280 x 720 piksel) skrin sentuh AMOLED  ~ 316 ppi
CPU               : Dual-core 1.7 GHz Krait
GPU              : Adreno 320
Chipset       : Motorola X8 Mobile Computing System terbina khas berdasarkan  chipset Snapdragon S4 Pro
RAM           : 2GB
OS                 : Android 4.2.2 Jelly Bean
Memori       : 16/32GB
Kamera        : 10 MP dengan 1.4 μm piksel, aperture f/2.4, nisbah aspek 16:9,
Lain-lain     : Dual-band Wi-Fi a / b / g / n / ac, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 4.0 LE, standard microUSB ,
GPS dengan A-GPS, GLONASS, 3.5mm audio jack, NFC
Bateri : 2200mAh

Moto X bakal dijual di US, Kanada dan Amerika Latin bermula awal September

Tagged with 

Comments are closed.