BlackBerry melancarkan BBM7 dengan sokongan suara

BlackBerry (dahulu dikenali sebagai RIM) melancarkan aplikasi BlackBerry Messenger 7 (BBM7) dengan sokongan suara. Selain sokongan suara, versi ini juga memperkenalkan sokongan multitasking, membolehkan pengguna melakukan tugas ketika menggunakannya.

image

BBM7 juga memperkenalkan beberapa emoticon baru dan fungsi direct update, membolehkan naiktaraf dilakukan dari dalam aplikasi.

Pengguna sistem operasi Blackberry OS 6 dan keatas boleh memuatturun versi tersebut melalui BlackBerry App World.

Sumber

Tagged with 

Comments are closed.