Penjenamaan semula Research In Motion sebagai BlackBerry

Research In Motion, syarikat pengeluar peranti BlackBerry, semalam dalam satu majlis rasmi di New York, mengumumkan penjenamaan semula syarikat mereka sebagai BlackBerry. Tindakan ini diambil sebagai langkah pertama bagi melonjakkan semula pegangan pasaran mereka yang semakin merudum sejak beberapa bulan lalu, selain mengurangkan kekeliruan di kalangan pengguna.

blackberry-rim

Dalam majlis yang sama, BlackBerry juga mengumumkan dua peranti baru dengan sistem operasi BlackBerry OS 10; BlackBerry Z10 yang menggunakan kawalan skrin sentuh sepenuhnya, dan BlackBerry Q10 yang menggunakan papan kekunci QWERTY.

blackberry-device-505_013113091041

Z10 menggunakan pemproses Qualcomm MSM8960 Snapdragon Dual-core 1.5 GHz Krait, dengan RAM 2GB, 16GB memori dalaman dan sokongan kad memori sehingga 32GB. Z10 juga dilengkapi kamera 8MP yang menggunakan sepenuhnya fungsi baru dalam sistem operasi BB10.

Q10 pula disasarkan kepada pengguna setia BlackBerry dengan trademark papan kekunci QWERTY. Q10 dilengkapi skrin 3.1 inci dengan resolusi 720×720, dikuasakan dengan TI OMAP 1.5GHz dual core dan RAM 2GB.

Comments are closed.