iPhone 5 di Malaysia pada 14 Disember

iPhone_5_malaysia_14_Dis_2012
Apple, melalui laman webnya mengesahkan, iPhone 5 yang dinantikan ramai pengguna bakal tiba secara rasmi di Malaysia pada 14 Disember ini (Jumaat). Selain Malaysia, ia turut dilancarkan serentak di lebih 50 buah negara lain termasuk Korea Selatan, Brazil, Russia dan Taiwan.

Syarikat telekomunikasi tempatan seperti DiGi, Celcom dan Maxis dijangka turut menawarkan peranti ini selepas 14 Disember.

Apple iPhone 5 yang menampilkan skrin 4-inci dan iOS 6 dilancarkan secara rasmi pada 12 September lalu di San Francisco.

sumber : Apple via Amanz

Tagged with 

One thought on “iPhone 5 di Malaysia pada 14 Disember

  1. mesti ramai peminat tegar ternanti2 tarikh tersebut..hehe