Google membeli Bufferbox, perkhidmatan beli belah atas talian

Google disahkan telah membeli Bufferbox, sebuah laman web untuk membeli-belah di atas talian, seperti Amazon.com, dengan harga USD 17 juta. Bufferbox yang diasaskan di Waterloo, Canada kini telah 2 tahun beroperasi.

bufferbox_google
Tindakan Google ini dilihat memberi ancaman besar kepada Amazon.com yang kini memegang peratus paling besar dalam pasaran beli belah atas talian. Berbanding Amazon yang menghantar barangan terus ke rumah atau pejabat, Bufferbox turut menawarkan pilihan untuk menghantar barangan ke loker yang dinamakan “bufferbox” membolehkan pelanggan mengambil barangan mengambil barangan mereka bila-bila masa.

Tahun ini, Google dilihat cuba menguasai internet melalui berbagai pasaran. Baru-baru ini, Google membenarkan pengguna menghantar e-mail attachment sebesar 10GB melalui fungsi Google Drive yang dilihat cuba menggugat kedudukan Dropbox.

sumber : WHDI

Tagged with 

One thought on “Google membeli Bufferbox, perkhidmatan beli belah atas talian

  1. Google sedang mengembangkan sayap untuk memanapoli industri internet.