Facebook 2.0 for Android : lebih laju daripada biasa

Pagi ini Facebook mengemaskini aplikasi mereka di Play Store dengan naiktaraf yang jauh lebih baik berbanding versi sebelum ini. Aplikasi Facebook kini adalah aplikasi natif android, dengan kelajuan yang sangat pantas untuk melayari Facebook.

Facebook for Android updated

Bagi mereka yang kurang faham, aplikasi natif bermaksud, sesuatu aplikasi itu dibina secara spesifik untuk berfungsi dalam sistem operasi tertentu. Ini bermakna, versi Facebook ini sememangnya dibina untuk berfungsi secara khusus untuk sistem Android. Hasilnya memang mengagumkan. Facebook dapat dilayari dengan lebih laju selain paparan yang lebih ringkas dan menarik

Facebook for Android

Notifikasi story baru dalam feed

.

Facebook for Android

Respon terasa lebih laju, terutamanya ketika melihat gambar

Facebook for Android

Antaramuka notifikasi lebih kemas dan ringkas

Pautan Aplikasi Facebook di Play Store : Facebook for Android

Nampaknya kempen Facebook supaya pekerja mereka menggunakan peranti Android membawa kesan positif. =D

Tagged with 

Comments are closed.