Broadcom memperkenalkan cip NFC terintegrasi

Broadcom, sebuah syarikat semikonduktor berkaitan teknologi wireless dan telekomunikasi, semalam, memperkenalkan cip tunggal yang menggabungkan NFC (Near Field Communication) bersama-sama dengan bluetooth, WiFi dan FM Radio.broadcom-BCM43341_quad_combo_nfc_bluetooth_fm_wifi

Teknologi NFC sedia ada memerlukan cip berasingan, pada ruangan sendiri dalam sesebuah telefon pintar. Broadcom mendakwa, pengenalan cip tunggal ini bakal membawa kepada peningkatan kepada penggunaan NFC pada telefon pintar dan gajet lain.

Cip berasingan pada teknologi sedia ada memerlukan cip tersebut berkomunikasi bersama cip wireless, selain memerlukan rangan sendiri dalam peranti, menyebabkan kos pengeluaran yang lebih tinggi berbanding peranti tanpa NFC.

Cip quad-combo Broadcom yang dinamakan BCM43341 ini bakal diperkenalkan kepada umum pada Consumer Electronics Show di Las Vegas Januari tahun hadapan.

Banyak pengeluar peranti pintar dikatakan telah berminat dengan cip ini dan peranti pertama dikeluarkan dengan BCM43341 dijangka mula berada di pasaran pada suku pertama tahun hadapan.

Tagged with 

2 thoughts on “Broadcom memperkenalkan cip NFC terintegrasi

  1. mmg dpt mengurangkan harga hp sekaligus…

  2. bukan setakat harga dan kos…saiz hp pon boleh dikurangkan