Layari internet secara percuma dengan Google Free Zone

Google memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka; Google Free Zone, yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan mereka (Gmail, Google+, Google Search) secara percuma tanpa plan data.

Google Free Zone

Google Free Zone buat masa ini hanya diperkenalkan di Filipina melalui servis Globe Telecom. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan carian juga tidak dikenakan bayaran sekiranya mereka pergi ke pautan hasil carian.

Google Free Zone dilihat sebagai usaha Google bagi  mempromosikan perkhidmatan mereka, terutamanya Google+ disamping membolehkan pengguna di negara membangun menggunakan internet, walaupun tidak mempunyai telefon pintar. Pemilihan Filipina sebagai negara pertama mendapat perkhidmatan tersebut pula adalah kerana kadar penembusan telefon bimbit setinggi 100% (secara teknikal, kesemua penduduk Filipina mempunyai telefon bimbit).

Sumber : Google Free Zone

Tagged with 

2 thoughts on “Layari internet secara percuma dengan Google Free Zone

  1. Wow ini sudah bagus. Ada harapan ke Malaysia pun dapat perkhidmatan camtu?

    Filipina 100% penembusan handset? Majunya.. kat Malaysia, tengah bandar pun kadangkala takde line.

    • kemungkinan akan ada di Malaysia..tapi tak tau laa bila…

      kadar penembusan tu means jumlah handset per jumlah penduduk, bukan coverage…coverage line telefon tak tau la berapa kt philiphine…