Facebook menggesa pekerja menggunakan Android

Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa Facebook menggesa pekerja mereka menggunakan peranti Android berbanding iPhone. Tindakan itu dilakukan apabila mereka menyedari aplikasi Facebook untuk Android begitu jauh ketinggalan berbanding Facebook untuk iOS.

Seorang jurucakap Facebook berkata, sebelum ini, ramai pekerja menggunakan iPhone dan iPad berbanding peranti Android. Bagaimanapun, selepas kempen yang dijalankan, didapati ramai diantara mereka kini membawa kedua-dua peranti.

Minggu lepas, saranan tersebut terus giat dilakukan melalui kempen “switch today”. Poster-poster yang menyarankan pekerja bertukar kepada Android ditampal di sekitar ibu pejabat mereka.

facebook-android

facebook-androidPeranti pintar Facebook sedia terpasang dengan aplikasi beta Facebook yang dilengkapi fungsi “rage shake”. Sekiranya sebarang masalah teknikal atau bugs ditemui, pekerja akan menggoncangkan peranti tersebut dan masalah akan dilaporkan secara automatik kepada jurutera Facebook.

One thought on “Facebook menggesa pekerja menggunakan Android

  1. btul jugak tu..kalo x guna x tau apa kekurangan yang ade pada appz..