3 juta unit Samsung Galaxy Note 2 terjual dalam tempoh sebulan

Samsung Mobile melaporkan, peranti Galaxy Note 2 , telah terjual sebanyak 3 juta unit di seluruh dunia. Angka tersebut adalah lebih 3 kali ganda jumlah jualan generasi pertama peranti itu; Galaxy Note.

Galaxy Note 2

Walaupun angka itu mungkin tidak dapat mengatasi rekod Samsung Galaxy S3 yang terjual 20 juta unit dalam 100 hari, rekod Galaxy Note hampir pasti diatasi. Galaxy Note baru sahaja melepasi angka 10 juta unit Ogos lalu.

Samsung Galaxy Note 2, generasi kedua phablet dari Samsung ini dilancarkan pada penghujung September di Korea Selatan. Di Malaysia, majlis pelancaran diadakan pada 11 Oktober dan mula dijual di pasaran pada 19 Oktober.

sumber : GMANetwork

Tagged with 

2 thoughts on “3 juta unit Samsung Galaxy Note 2 terjual dalam tempoh sebulan

  1. memang sambutan hangat tu..

  2. […] dengan pencapaian terbaik Samsung Note 2 yang berjaya laris dijual 3 juta unit dalam sebulan. Oh, sebelum itu, 1407 unit juga berjaya dicuri di KLIA dan semuanya berwarna putih. […]