Tragedi pembunuhan beramai-ramai dalam WoW

Server-server World of Warcraft di seluruh dunia semalam dikejutkan dengan kematian beramai-ramai di bandar-bandar utama (Stormwind, Orgrimmar, Ironforge, dll). Kejadian dikatakan berlaku apabila seorang penggodam berjaya melakukan eksploitasi dengan membuat karakter dan terbang di bandar-bandar utama lalu membunuh semua pemain dan NPC dalam bandar tersebut.

wowscrnshot100712143252

Gambar dari Parishealton

Seorang saksi mengataka dia melihat Priest Level 1 berterbangan dan membunuh setiap orang di bandar. Kejadian itu menyebabkan bandar-bandar utama dipenuhi mayat dan tulang semalam.

Blizzard yang bertanggungjawab keatas permainan WoW mengambil tindakan pantas selepas ramai pemain membuat laporan dan memberi jaminan kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi.

sumber : Cnet

Tagged with 

6 thoughts on “Tragedi pembunuhan beramai-ramai dalam WoW

  1. aisehmen! world multiplayer massacre!! hehe

  2. game pun nak digodam huhu