Pengguna peranti mudah alih berjumlah 6 billion orang

Pengguna peranti mudah alih di seluruh dunia kiniberjumlah 6 billion orang atau 85.7% daripada populasi manusia sekarang. Daripada jumlah itu, seramai 1 billion adalah pengguna dari China dan hampir 1 billion lagi dari India.

Pengguna talian tetap pula didapati menurun, daripada 17.8% pada tahun 2010 kepada 17.3% sahaja tahun lalu. Angka tersebut dijangka akan terus menurun memandangkan pengguna ketika ini lebih memilih talian mudah-alih berbanding talian tetap.

Pengguna internet pada 2011 berjumlah 2.3 billion membawa penambahan pengguna internet sebanyak 3.3% kepada 32.5% dan lebih kurang 15% daripadanya menggunakan talian broadband mudah alih.

Laporan penuh statistik pengguna internet, pengguna peranti mudah alih, dan trend ICT ini boleh dimuat turun secara percuma melalui laman web International Telecommunications Union (ITU)

Tagged with 

Comments are closed.