Pengguna Malaysia bakal memperoleh jaringan LTE pada 2013

Pelancaran peranti-peranti tahun ini menyaksikan trend sokongan LTE yang meluas, termasuk iPhone 5, Galaxy S3, Galaxy Note2 dan peranti-peranti lain. Sehingga Januari 2012, 32 buah negara di seluruh dunia telah menyokong servis LTE, termasuk negara jiran, Singapura. Tetapi di Malaysia, pengguna masih menunggu servis tersebut disediakan oleh penyedia perkhidmatan (ISP).

Perbandingan kelajuan LTE dan LTE advance dengan generasi sebelumnya.

Pada penghujung 2011, kerajaan Malaysia telahpun memberikan lesen LTE kepada ISP terbesar ; Celcom, DiGi, Maxis dan uMobile. P1, RedTone dan YTL turut diberikan lesen sama. Tahun ini pula, ISP mula giat mempersiapkan perkhidmatan mereka untuk sokongan LTE.

Pada 2010, Maxis bekerjasama dengan RedTone untuk pelancaran LTE. Demo yang dilakukan menunjukkan kelajuan sambungan sehingga 42Mbps. Maxis juga mendakwa selepas pelancaran LTE, mereka bakal menawarkan kelajuan sehingga 150Mbps. Maxis dan RedTone bakal mula menawarkan servis tersebut pada awal 2013 dengan sasaran liputan di sekitar Lembah Klang.

DiGi pula kini dalam proses menaiktaraf perkhidmatan mereka untuk menyokong LTE. Proses tersebut telah bermula seawal Disember 2011 sehingga  pertengahan November 2012. Sehingga hari ini (18 Oktober 2012), 2504 kawasan telah dinaik taraf dan lebih 3000 kawasan lagi menanti.

Awal minggu ini, Celcom pula membuat pengumuman mengenai jadual naik taraf perkhidmatan mereka, bermula minggu ini, sehingga Februari 2013.

Negara-negara yang menawarkan LTE sehingga Mei 2012

Dengan semua ISP yang bertungkus-lumus mempersiapkan perkhidmatan mereka, dijangka jaringan LTE ini bakal sedia digunakan oleh pengguna menjelang awal 2013. Cuma apa yang diharapkan, LTE ini bakal menawarkan kelajuan dan kestabilan yang lebih baik daripada jaringan sedia ada, dengan pakej yang berpatutan untuk pengguna.

 

Tagged with 

3 thoughts on “Pengguna Malaysia bakal memperoleh jaringan LTE pada 2013

  1. hmmm.. bukan malaysia, tapi specifically area panas je cam KL je support.. aku x caya satu malaysia dapat akses LTE thn 2013.. HSBB pun x sampai2 lagi kat area aku…

    • yup…secara logiknya memang macam tu…kalau tgok schedule diorang pon, mmg kawasan bandar jo diorang upgrade…

      pada aku, aku lebih prefer diorang naiktaraf 3G sekarang supaya lebih stable n tingkat kualiti dan coverage…tak guna connection laju kalau coverage tak stable

  2. xsabar nk dpt lte ni..hehe