Google bakal memperkenalkan aplikasi pengimbas malware

2768b_Android_android-malwareGoogle dikatakan bakal memperkenalkan aplikasi pengimbas malware. Aplikasi ini bukan sahaja mampu mengimbas aplikasi berisiko melalui Play Store, malah mampu mengenalpasti malware yang sedia terpasang pada peranti.

Beberapa teks ditemui pada paket file Google Play versi 3.9.16 yang membawa kepada spekulasi ini, antaranya:

“Allow Google to check all apps on this device for harmful behavior?”

“To protect you, Google has blocked the installation of this app.”

android-malware-scanner

Teks yang ditemui dalam fail Google Play 3.9.16

Sejak awal tahun ini, jumlah peranti android yang diserang malware meningkat berkali-kali ganda berbanding sebelumnya. Bulan lalu, pengguna tertipu dengan aplikasi yang menyerupai satu permainan popular. Pengguna yang memasang aplikasi ini kemudian tertipu kerana aplikasi tersebut menghantar mesej untuk melanggan kandungan yang tidak diingini, mengebabkan kerugian 15Euro setiap orang.

Tindakan Google bagi mengatasi serangan malware ini diyakini setidak-tidaknya mengurangkan serangan malware. Pengguna juga perlu berhati-hati dan dinasihatkan tidak memasang aplikasi dari sumber asing selain Play Store.

sumber : AndroidPolice

Tagged with 

One thought on “Google bakal memperkenalkan aplikasi pengimbas malware

  1. langkah2 keselamatan..