Blogger Indonesia mempertahankan hak kebebasan internet

Sekumpulan blogger Indonesia yang dikenali sebagai Suara Blogger Indonesia mempertahankan hak kebebasan untuk internet melalui laman web SuaraBlogger.org. Kumpulan ini berikraruntuk internet yang bebas dan terbuka, berasaskan 5 perkara dasar sepertimana dalam laman web mereka.

suarablogger

Suara Blogger Indonesia turut disokong oleh beberapa pergerakan lain termasuk  ICT Watch, Relawan Teknologi Informasi dan Komunikasi (RTIK), Center for Innovation, Policy and Governance (CIPG), Yayasan Air Putih, Indonesian Center for Deradicalisation and Wisdom (ICDW), dan Aliansi Jurnalis Indonesia (AJI).

Sejak setahun lalu, berbagai organisasi bergabung mempertahankan hak kebebasan internet, bermula dengan perjuangan menentang SOPA/PIPA dan ACTA yang kemudiannya mencetus berbagai akta lain di seluruh dunia.

Di Malaysia pula, sejak Ogos lalu, penentangan dilakukan keatas Seksyen 114A.

Tagged with 

Comments are closed.