Apple melancarkan iPad Mini

Apple akhirnya melancarkan tablet iPad Mini dalam majlis khas semalam.

iPadMini

Seperti dijangka, produk akhir ini tidak banyak berbeza dengan puluhan gambar yang terbocor ke internet sebelum ini.

iPad Mini menampilkan skrin 7.9 inci dengan berat 0.30 kg dan ketebalan7.5 mm. Bagaimanapun, dengan resolusi 1024 x 768 (163 ppi), paparannya agak mengecewakan berbanding tablet lain yang hampir sama besar ( Kindle Fire HD – 1280×800 ~216 ppi, NOOK HD – 1440×900 ~243ppi).

iPad Mini didatangkan dalam 3 pilihan (16GB,32GB, 64GB) dan boleh mula ditempah sebelum berada di pasaran 26 Oktober ini dengan harga $459 / $559/$659 (~RM1400 / ~RM1700 / ~RM2014)

Tagged with 

One thought on “Apple melancarkan iPad Mini

  1. ermm..ttp tiada slot..huhu