1407 unit Galaxy Note 2 dicuri di KLIA

Jika sebelum ini Apple iPhone 5 menarik minat pencuri di Jepun, perkara yang sama turut berlaku di Malaysia. Tetapi gajet yang terbabit adalah Samsung Galaxy Note 2.

stolen-note-2

Sebarang maklumat terperinci mengenai kejadian ini masih tidak diketahui, tetapi pengedar gajet tersebut, Samsung Malaysia Electronics (SME) telahpun mengeluarkan senarai IMEI unit yang dicuri tersebut. Pihak SME juga mengatakan, semua unit yang dicuri adalah versi berwarna putih (Marble White) dan unit-unit yang dicuri ini dijangka akan membanjiri pasaran dengan harga yang murah.

Pihak SME juga memberi amaran kepada pengguna untuk tidak membeli unit-unit yang dicuri ini dan unit dengan IMEI yang terlibat tidak akan diiktiraf untuk waranti.

Senarai IMEI yang terlibat boleh diakses melalui laman Google Docs di sini; Stolen Note 2 IMEI.

Sumber : TheIdealMobile

Tagged with 

3 thoughts on “1407 unit Galaxy Note 2 dicuri di KLIA

  1. untung la leh bli murah..hehe

  2. tumpang share bro 🙂

  3. […] Note 2 yang berjaya laris dijual 3 juta unit dalam sebulan. Oh, sebelum itu, 1407 unit juga berjaya dicuri di KLIA dan semuanya berwarna putih. […]