Tim Cook memohon maaf kepada pengguna Apple

CEO Apple, Tim Cook semalam memohon maaf kepada pengguna iOS 6 diatas kecelaruan yang timbul pada aplikasi maps mereka. Aplikasi Maps pada iOS 6 sejak dilancarkan, mendapat cemuhan dan menjadi bahan ejekan akibat kesalahan data yang sangat banyak.

tim-cook

Menyedari kesilapan di pihak mereka, Tim Cook menyarankan pengguna menggunakan produk dari pesaing Apple, seperti Google Maps, sementara mereka memperbaikinya.

 

 

 

 

While we’re improving maps, you can try alternatives by downloading map apps from the App Store like Bing, MapQuest and Waze, or use Google or Nokia maps – Tim Cook

-“Sementara kami sedang memperbaiki peta, anda boleh mencuba alternatif dengan memuat turun aplikasi peta dari App Store seperti Bing, Mapquest dan Waze, atau menggunakan Google atau Nokia maps”

Dalam perkembangan yang sama, pengguna mendapati bukan aplikasi Maps sahaja yang menyebabkan mereka kecewa. Antara perkara yang dilihat menjejaskan penggunaan iPhone 5; Kualiti binaan (belakang iPhone 5 sangat mudah tercalar), Kualiti gambar dari kamera (silau berwarna hijau dan ungu) dan beberapa kesilapan kecil lain.

Tagged with 

2 thoughts on “Tim Cook memohon maaf kepada pengguna Apple

  1. nmpknya indah khabar dari rupa..huhu