Sejauh mana motherboard mempengaruhi prestasi PC?

Motherboard (mobo) atau juga dikenali sebagai mainboard merupakan komponen utama dalam sesebuah PC. Ia menjadi pusat dimana semua hardware (RAM, processor, harddisk, cd/dvd writer) bersambung. Ia juga menempatkan sambungan untuk komponen lain ; keyboard, mouse, usb post, dll.

Sepertimana processor dan RAM, motherboard dengan prestasi tinggi juga dikatakan mempengaruhi prestasi sesebuah PC secara keseluruhan. Tetapi sejauh mana motherboard memberi kesan secara langsung terhadap PC?.

Sebenarnya, pengaruh motherboard terhadap prestasi PC terlalu sedikit (bawah 5%). Sebagai contoh, 2 buah motherboard berbeza dari kelas pertengahan, diuji dengan komponen ( processor, RAM, dll) akan memberikan prestasi yang sama. Motherboard kelas tinggi juga tidak membawa banyak perubahan kepada prestasi sesebuah komputer.

Jadi apa beza motherboard kelas rendah, pertengahan, dan tinggi?. Ciri dan fungsi. Sebuah motherboard kelas rendah mungkin hanya mempunyai fungsi normal dengan chipset, sound card biasa dan pemproses grafik terbina. Tetapi motherboard kelas tinggi akan menyediakan sebanyak mungkin fungsi untuk memudahkan anda; sound card 7.1 , kemudahan untuk overclock, slot PCIE yang menyokong SLi dan Crossfire, dan tambahan fungsi-fungsi lain.

Sebagai contoh ; Asus P8H61-M LX; memberikan fungsi asas dengan sokongan maksima 16GB RAM pada 2 slot, 1 slot PCIe x 16, port sambungan biasa dan beberapa post USB.

ASUS P8H61-M LX

ASUS MAXIMUS IV Extreme-Z pula dari kelas tinggi yang menyediakan lebih fungsi. 4 slot RAM dengan sokongan sehingga 32GB, 4 slot PCIe x 16 yang menyokong CrossFireX dan SLi, 9 port USB, 2 port eSATA, 2 port LAN, dan beberapa fungsi yang memudahkan overclock.

ASUS MAXIMUS IV Extreme-Z

ASUS MAXIMUS IV Extreme-Z

Sebagai perbandingan P8H61-M LX berharga sekitar RM 200, manakala MAXIMUS Ext-Z berharga RM1300. Bermakna membeli motherboard kelas tinggi demi mempertingkat prestasi PC bukan pilihan terbaik. Prestasi PC dipengaruhi oleh processor, kad grafik dan saiz RAM (kelajuan RAM juga tidak memberi banyak perubahan). Jika anda berfikir untuk mempertingkat prestasi PC, pastikan anda melabur untuk processor dan kad grafik yang lebih baik, dan RAM yang lebih besar sebelum membeli motherboard yang lebih mahal. Jika anda ingin mendapatkan sebuah mesin baru, dapatkan motherboard kelas pertengahan. Motherboard pada kelas ini akan dapat menampung tambahan hardware lain sehingga 5 atau 6 tahun akan datang.

Tagged with 

Comments are closed.