Samsung Galaxy S III mula mendapat kemaskini Jelly Bean

Awal bulan ini, Samsung mengumumkan kemaskini Jelly Bean untuk Galaxy S III akan mula di keluarkan awal Oktober. Kemaskini tersebut bagaimanapun dikeluarkan lebih awal, apabila pengguna di Poland telah pun menerimanya hari ini.

Pengguna di Poland mendapat kemaskini firmware PDA I9300XXDLIB CSC I9300OXFDLI1 MODEM I9300XXDLIB.

SGS III Jelly Bean

Galaxy S III Jelly BeanKemaskini Jelly Bean ini membawa beberapa perubahan kepada Galaxy S III;

  • Prestasi yang lebih baik, lebih laju
  • Menu Setting yang disusun semula
  • Notification bar yang baru
  • Google Now
  • Saiz skrin Pop-up play kini boleh diubah

Kemaskini akan dijangka akan tiba ke seluruh dunia akhir bulan ini.

sumber : SamMobile

Tagged with 

6 thoughts on “Samsung Galaxy S III mula mendapat kemaskini Jelly Bean

  1. version 4.1.1 ke nie. Semakin canggih la antara muka s3.

  2. s2 lak x der khabar berita ker?..hehe

  3. Samsung galaxy S2 juga akan mendapat update ke jelly bean secara berperingkat.

    Ok juga sebab Samsung tidak tinggalkan pelanggan lama