Samsung dituduh melanggar hak asasi pekerja

Jika sebelum ini Apple Inc. dikatakan melanggar hak asasi pekerja, kini timbul pula isu yang sama melibatkan pesaing terdekat mereka ; Samsung.

China Labor Watch melaporkan, kilang Samsung di China memaksa pekerja bekerja sehingga 5 kali lebih lama berbanding tempoh masa yang dibenarkan. Kilang Samsung Mobile Display di Tianjin dikatakan meletakkan tempoh bekerja lebih masa sehingga 189 jam sebulan, berbanding 39 jam sebulan yang ditetapkan. Pekerja juga terpaksa berdiri berterusan 11-12jam sepanjang waktu bekerja.

Setakat ini tiada maklum balas rasmi dari pihak Samsung. Bagaimanapun Selasa lalu Samsung memberi respon kepada laporan berasingan mengenai pekerja bawah umur di Huizhu. Samsung memberi jaminan akan memeriksa semula lebih 250 pembekal mereka di China.

sumber : HeraldSun

Tagged with 

4 thoughts on “Samsung dituduh melanggar hak asasi pekerja

  1. dugaan buat samsung..huhu

  2. gitulah hok ni tuduk hok ni
    pastu saman 🙂