Peranti-peranti menarik dari IFA 2012

Internationale Funkausstellung Berlin (IFA 2012) yang sedang berlangsung di Berlin sejak 31 Ogos lalu hingga 5 September ini merupakan salah satu acara pengeluar elektronik terbesar di dunia. Dalam acara ini, berbagai jenis teknologi baru dapat kita lihat.

Disini dikumpulkan beberapa peranti yang menarik perhatian dan dinanti ramai.

1. Samsung Galaxy Note
Semenjak kejayaan Galaxy Note yang pertama, ramai sudah menjangka, Samsung akan memperkenalkan generasi Phablet yang seterusnya.

Galaxy Note 2 yang dipersembahkan kepada umum melalui IFA 2012 menampilkan berbagai ciri yang menarik dan fungsi-fungsi baru yang dapat dijalankan menggunakan S Pen.

Artikel penuh mengenai peranti ini boleh dibaca di sini : Samsung Galaxy Note 2

2. Samsung Galaxy Camera

Gemar mengambil kamera dengan gajet? Kamera digital ini mungkin menarik minat anda.

Samsung memperkenalkan Kamera digital dengan skrin sentuh, sensor CMOS dengan 16 juta pixel  dan lensa 4.1-86.1 mm f/2.8-5.9.

Yang lebih menarik; kamera ini dikuasakan dengan Android Jelly Bean, membawa bersama berbagai fungsi menarik dari sistem operasi tersebut.

Laman rasmi ; Samsung Galaxy Camera

3. Samsung Ativ S

Samsung memperkenalkan siri varian terbaru “ATIV” dalam IFA tahun ini.

Jika varian “Galaxy” membawa platform Android, varian ini pula menampilkan peranti dengan platform Windows 8.

Ativ S menampilkan skrin Super AMOLED 4.8 inci dan prosessor dua-teras 1.5 GHz.

Sebelum ini dunia hanya memandang kejayaan Samsung melalui Android. Mungkin peranti ini dapat mengubah pandangan tersebut dan melihat Samsung sebagai syarikat yang tidak bergantung dengan satu platform sahaja.

Laman rasmi ; Samsung Ativ S

4. Sharp Aquos LED TV

Panasonic boleh berbangga dengan TV LED terbesarnya yang bersaiz 60 inci.

Samsung juga gah dengan LED Smart TV nya dengan saiz 75 inci.

Tetapi kedua-duanya tidak mampu mengatasi SHARP yang jauh lebih kedepan dengan siri AQUOS terbaru mereka; TV LED dengan skrin gergasi sebesar 90 inci. TV ini juga dilengkapi aplikasi Netflix, Hulu and Vudu

5. ROG Tytan CG8890

IFA 2012 sememangnya menampilkan banyak peranti tablet dan telefon pintar. Tetapi bagi gamers, gerai ASUS adalah gerai yang patut dikunjungi.

Nama ROG (Republic of Gamers) mungkin sudah cukup untuk menarik perhatian. Spesifikasinya pula akan membuatkan ROG Tytan CG8890 menjadi idaman setiap orang;

ROG Rampage IV Formula motherboard
Intel Core-i7 3960X, 6-core CPU (Overclock mudah dengan hanya menekan button SPEED pada chasis)
Liquid-cooled CPU
16GB of 2,133MHz DDR3
2x SSDs in RAID0

Yang paling menarik, chasisnya yang berubah menjadi lebih “cool”;

Laman rasmi; ROG Tytan CG8890

6. Huawei Ascend G600

Ramai orang mempunyai pandangan skeptikal mengenai barangan dari tanah besar China.

Tetapi Huawei sedikit-demi sedikit mengubah pandangan tersebut dan kini menjadi antara pengeluar produk elektronik yang terkenal di serata dunia.

Peranti pintar baru Huawei Ascend G600 yang ditampilkan menarik perhatian ramai dengan spesifikasi tinggi; Skrin 4.5 inci qHD, Prosessor dua-teras 1.2 GHz, dan dilengkapi kaca Gorilla Glass.

Sebagai barangan keluaran China, peranti ini juga pasti dapat diperoleh dengan harga yang jauh lebih murah berbanding pesaing lain.

Tagged with 

2 thoughts on “Peranti-peranti menarik dari IFA 2012

  1. asus rog tu pling nyum2 la..huhu