Orang pertama mendapat iPhone 5 di Jepun adalah perompak?

The Wall Street Journal dan Japan’s Nikkei melaporkan bahawa orang pertama mendapat iPhone 5 adalah sekumpulan perompak, hanya beberapa jam sebelum pelancaran gajet tersebut di sana. Di Osaka, sejumlah 191 buah iPhone dirompak dalam beberapa siri; 33 dari Ibaraki, 116 di Softbank, barat Osaka, dan 42 lagi di Au Store berhampiran seawal 4.30 pagi waktu tempatan.
image

Jumlah nilai peranti yang dirompak adalah 7.45 juta yen ($95k ~ MYR 300k). Pihak polis masih belum pasti samada siri rompakan itu adalah dari kumpulan yang sama tetapi siasatan awal menunjukkan kesemuanya ada hubungkait.

Dalam perkembangan berkaitan, peranti iPhone 5 didapati tidak menerima sambutan sehangat tempat lain. Hanya 750 orang beratur pagi tadi di Apple Store Ginza, Tokyo.

Sumber : TechAsia

Tagged with 

2 thoughts on “Orang pertama mendapat iPhone 5 di Jepun adalah perompak?

  1. untung perompak tu..hehe