Motorola memperkenalkan siri peranti pertama di bawah Google

Selepas dibeli oleh Google beberapa bulan lalu, Motorola akhirnya memperkenalkan siri peranti mereka; RAZR MAXX HD, RAZR HD, RAZR M. Ketiga-tiganya menggunakan pemproses dwiteras 1.5GHz dan Android Ice Cream Sandwich.

Motorola RAZR MAXX HD, RAZR HD, RAZR M

RAZR HD memperlihatkan chasis senipis 0.33 inci dan skrin SUPER AMOLED 4.7 inci (1280 x 720), kamera belakang 8MP dengan kemampuan merakam video HD dan RAM 1GB. RAZR MAXX HD pula dilihat serupa dengan RAZR HD dengan penambahan kapasiti bateri yang lebih besar (3300 mAH). RAZR M pula adalah versi yang lebih kecil dengan skrin 4.3 inci.

Sebagai syarikat yang bernaung di bawah Google, pilihan Motorola untuk memuatkan siri ini dengan Ice Cream Sandwich agak mengecewakan. Untuk menarik minat pembeli, Jelly Bean seharusnya dipilih untuk siri ini. Motorola bagaimanapun telah memberi jaminan kemaskini Jelly Bean akan diperoleh sebelum hujung tahun ini.

Sumber : TehranTimes

Tagged with 

10 thoughts on “Motorola memperkenalkan siri peranti pertama di bawah Google

  1. baru tau motorolla ni google dah beli..makin besar la google ye..terbaik..

  2. tak ada option update ke jelly bean ke

  3. Semua terpaksa gunakan perisian android sbb dah stable dah..

    • tak jugak bro..android google punya, motorola bernaung bawah google..tak pelik ar diorang guna android…tapi pengguna masih ada pilihan os lain..samsung pun dah start buat device wp8

  4. bgus motorola..pelan jangka panjang ni..hehe

  5. xrugi bekerjasama ngn google.. 🙂

  6. x rugi kerjasama dgn google.. 🙂