iPhone 5 tidak dapat membuat panggilan, menggunakan 4G LTE serentak

iPhone 5 dilaporkan tidak dapat membuat panggilan ketika pengguna melayari internet menggunakan talian 4G LTE. Panggilan hanya dapat dilakukan jika pengguna menggunakan talian WiFi.

iphone 5

Ini berlaku kerana Apple hanya menggunakan 1 cip demi mengurangkan saiz dan berat peranti tersebut. Cip yang sama digunakan untuk sambungan ke 4G LTE dan membuat panggilan, menyebabkan pengguna tidak dapat melakukan kedua-duanya serentak.

Di US, AT&T menyelesaikan masalah tersebut dengan menukar ke talian 3G secara automatik ketika pengguna melakukan panggilan. Pengguna Verizon & Sprint pula setakat ini masih menghadapi masalah tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan samada penyedia servis telekomunikasi lain di seluruh dunia mengambil langkah serupa dengan AT&T.

Tagged with 

2 thoughts on “iPhone 5 tidak dapat membuat panggilan, menggunakan 4G LTE serentak

  1. alamak..x muti tasking la..hehe