Google Play mencatat angka 25 billion jumlah muat turun

Semalam, Google mengumumkan jumlah muat turun dari Google Play telah melepasi angka 25 bilion. Angka tersebut menggambarkan perkembangan ekosistem Android yang sangat laju.

google_play_25_billion

Akhir tahun lalu, angka muat turun adalah sebanyak 10 bilion. Dalam hanya tempoh kurang 10 bulan, jumlah itu mencatat pertambahan 15 bilion kepada angka sekarang. Sebagai perbandingan, Google mengambil masa hampir tiga tahun untuk mencatat angka 10 bilion muat turun tersebut.

Jumlah aplikasi di Google Play adalah 675,000, menghampiri jumlah aplikasi di Apple Store sebanyak 700,000.

Sempena dengan kejayaan ini, Google juga mengumumkan diskaun untuk aplikasi-aplikasi berbayar. Dengan harga serendah 25 sen, pengguna boleh membeli aplikasi dan permainan terpilih dari Google Play untuk lima hari akan datang.

Tagged with 

4 thoughts on “Google Play mencatat angka 25 billion jumlah muat turun

  1. lepas promosi tu gerenti la makin byk org download..huhu

  2. alamak, tidak tahu apa google play ni =D malunya