Google mempunyai lebih 7000 pekerja untuk Maps

Kecelaruan yang ditimbulkan Apple pada iOS6 adalah isu hangat yang diperkatakan sejak hujung minggu lalu. Maps gantian yang digunakan menyebabkan ramai pengguna menyedari betapa jauh beza kemampuan Google dan Apple untuk menghasilkan aplikasi Maps. Google Maps dijadikan kayu ukur memandangkan kemampuannya.

GoogleMaps

Beberapa hari lalu, BusinessInsider mendedahkan, Google mempunyai 7100 orang yang bekerja untuk Maps sahaja. Beberapa orang pekerja dalaman memberitahu, Google mempunyai 1100 orang pekerja sepenuh masa dan 6000 kontraktor yang bekerja untuk menambah baik Google Maps dari masa ke semasa.

7100 orang ini termasuk pemandu “Street View”,  juruterbang, pelukis peta, dan sekumpulan yang membina produk baru.

Apple pula kini sedang mencari pembangun untuk menambah baik fungsi Maps mereka. Dan jika mereka berhasrat mengatasi Google, mereka memerlukan lebih dari 7000 orang juga!.

Tagged with 

2 thoughts on “Google mempunyai lebih 7000 pekerja untuk Maps

  1. 7k pekerja?..mmg ramai btul.. 🙂