Fungsi-fungsi Windows Phone 8 yang mampu mencabar Android dan iOS

Siri baru ATIV yang diperkenalkan oleh Samsung pada IFA 2012 baru-baru ini menarik minat ramai kepada platform Windows Phone 8 yang dibawanya. Samsung dilihat begitu yakin kepada OS tersebut dan mengatakan Windows Phone mampu berkembang lebih jauh berbanding OS Android sendiri yang kini menjadi OS utama mereka.

Melihat kepada fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan dalam WP8, tidak mustahil untuk iOS dan Android merasa tergugat.

1. Aplikasi “Lense”

Lense merupakan aplikasi khas dalam WP8 untuk mengambil gambar. Melalui aplikasi ini, berbagai penapis khas disertakan sekaligus memberi pilihan kepada pengguna untuk menangkap gambar dengan kesan khas sepertimana Instagram. Aplikasi ini juga bersambung dengan beberapa aplikasi lain termasuk Bing Search, Photosynth dan Blink, membolehkan pengguna melakukan berbagai pilihan tugas melalui kamera.

2. Near Field Communication

NFC kini menjadi salah satu fungsi utama dalam keluaran peranti pintar terkini. WP8 turut mengambil langkah bijak memperkenalkan fungsi ini dalam WP8 sekaligus memastikan platform tersebut tidak ketinggalan jauh di belakang pesaing lain.

3. Sokongan storan luar

WP8 turut memperkenalkan sokongan MicroSD supaya pengguna tidak terhad kepada storan dalaman yang kebiasaannya tidak mencukupi.

4. Sokongan resolusi lebih besar

WP8 kini menyokong resolusi sehingga 1280 x 720, membolehkan para pembangun membangunkan aplikasi dengan perincian yang lebih tinggi.

5. Sokongan Screenshot

6. Integrasi SkyDrive

WP8 diintegrasi terus dengan sokongan cloud SkyDrive

7. Sokongan berbagai tugas

WP8 juga memperkenalkan sokongan multitasking, membolehkan pengguna melaukan berbagai tugas dalam satu masa

8. Sokongan processor multi-core

sumber : BussinesInsider , Creotix

Tagged with 

4 thoughts on “Fungsi-fungsi Windows Phone 8 yang mampu mencabar Android dan iOS

  1. ingtkan aplikasi lense tu augmented reality..huhu

  2. Masih sukar nak terima UI design WP8. Janggal plak rasanya..