Apple Map pada iOS 6 menjadi bahan ejekan

iOS 6 yang diperkenalkan oleh Apple membawa perubahan besar dalam sistem operasi yang digilai ramai itu. Antara perubahan yang dilakukan; Google Maps yang digunakan sejak bertahun digantikan dengan Maps mereka sendiri.

iOS6 maps logo

Apple mendakwa aplikasi maps tersebut  membawa revolusi baru yang akan diminati oleh pengguna kerana menampilkan fungsi flyover, bangunan 3D dan lain-lain.

Selepas iPhone 5 dilancarkan minggu lepas, pengguna telah mencuba sendiri maps terbaru ini dan respon yang diterima amat menyedihkan. Ramai pengguna yang jengkel dengan maps terbaru itu, meluahkan bermacam respon negatif di media sosial.

ios6 failed maps

ios6 maps failed

google-maps-vs-ios-6

Stesen bawah tanah di London pula menyindir Apple dengan menawarkan peta kepada pelanggan yang menggunakan iOS6;

ios6 maps failed

Seorang pembangun laman web; Tom Scott pula menghasilkan video parodi yang mengatakan, masalah tersebut wujud kerana maps iOS6 mampu menunjukkan dunia berlainan, termasuk “water world”, “low-resolution world” dan “wibbly-wobbly world”.

Apple tidak menolak bahawa aplikasi maps ini sebenarnya masih belum lengkap, tetapi walau apa pun jawapan mereka, pengguna sendiri boleh menilai bahawa aplikasi ini sebenarnya masih belum sepatutnya dilepaskan kepada umum, tanpa pilihan alternatif lain. Tindakan Apple yang menggantikan terus Google Maps dengan aplikasi ini jelas menunjukkan keegoan mereka terhadap produk pesaing. Renung-renungkanlah, dan selamat mengumpul duit untuk dihabiskan keatas iOS6 ini. peace!

sumber : Bits

Tagged with 

9 thoughts on “Apple Map pada iOS 6 menjadi bahan ejekan

  1. mmg sesal kemudian tidak berguna..hehe

    • Apple kalau menyesal pun duit dia dah berlambak…kalau yang beli iPhone5 tuh menyesal…apa pon tak boleh…beli dah mahal2 kena troll plak ngan Apple…lol

  2. haha.. sungguh fail Apple Map die yg baru tue.. tapi fan base Apple mmg ramai, dah la fanatic lagi tue.. jadi bagi mereka “ini takpe”..

    • tu yg ak menyampah ngan ifag…dh jadi macam ni pon still nk agungkan apple…walaupun minat ngan samsung, ak still bash diorg bila update lambat sgt…

  3. mungkin pengguna boleh gunakan maps application alternative to apple iphone 5 yang baru diperkenalkan buat sementara

  4. Harga wajar diturunkan kerana spec lebih kurang dengan model iPhone 4.

  5. maps iphone ni main tangkap muat jer, sebab persaingan sengit.