Tiada lagi Youtube untuk iPad dan iPhone baru

Aplikasi untuk menonton Youtube tidak akan terpasang secara lalai dalam peranti iPad dan iPhone akan datang. Keputusan yang diambil oleh Apple ini dilihat menggambarkan persaingan yang semakin sengit syarikat tersebut dengan Google.

apple drop youtube

Pengguna iOS selepas ini tidak lagi dapat menonton Youtube melalui aplikasi khusus, sebaliknya hanya boleh melakukannya melalui paparan pelayar web. Pihak Youtube juga dikatakan sedang bekerja bagi memastikan pengguna iOS dapat menikmati pengalaman tontonan yang tidak terjejas melalui browser peranti mereka.

Kejayaan telefon pintar iPhone dan tablet iPad pada asasnya dikatakan disokong banyak aplikasi-aplikasi dari Google. Bagaimanapun, persaingan yang semakin sengit diantara Apple dan Google menyebabkan Apple bertindak menggugurkan aplikasi-aplikasi berkaitan satu persatu. Sebelum ini, Apple telah menggugurkan aplikasi Google Maps dalam perantinya.

sumber

Tagged with 

6 thoughts on “Tiada lagi Youtube untuk iPad dan iPhone baru

  1. penting gak youtube tu..mmg x ptt la apple wat camtu..

  2. Bila dua gergasi berlawan.., yang mati ditengah-tengah adalah pengguna yang tidak dapat menggunakan youtube di iphone…. 🙂

  3. Sepatutnya diorang bersaing secara sihat. Tapi sekarang ni pengguna yang jadi mangsa.