Samsung memperlihatkan Galaxy Note 2

Samsung akhirnya memperlihatkan peranti yang ditunggu-tunggu; Galaxy Note 2, dalam acara pra-IFA 2012 di Berlin. Secara kasarnya, Note 2 dilihat banyak menyerupai peranti Galaxy S3 dari segi rekaannya.

Spesifikasi dalamannya juga hampir serupa;

Processor : Exynos quad-core system 1.6GHz
RAM : 2GB
Screen : 5.5 inch 1,280 x 720 pixels (267ppi) HD Super-AMOLED
Storage : 16/32/64 GB internal,menyokong SDCard sehingga 64GB
Dimension : 80.5 x 151.1 x 9.4mm
OS : Android 4.1 Jelly Bean
Kamera : 8-megapixel kamera belakang dan 1.9-megapixel di depan

S-Pen dilihat berbeza dengan Note; lebih tebal, panjang, lebih mudah dipegang dan penambahan fungsi Air-View.

Skrin 5.5 inci meningkat dari 5.3 inci pada Note terawal, tetapi tiada penambahan pada kelebaran peranti ini. Skrin Note 2 di”panjangkan” kepada ratio 16:9 diyakini kerana pertambahan lebar akan menyebabkan ia lebih sukar dipegang.

Galaxy Note 2 bakal ditawarkan dalam 2 warna; Titanium Grey dan Marble White.

Lihat sendiri video pengenalan dari Samsung;

Note 2 dijangka dipasarkan di UK Oktober ini,diikuti pasaran Asia dan lain-lain tempat.

Tagged with 

2 thoughts on “Samsung memperlihatkan Galaxy Note 2

  1. antara s3 ngn note 2..ag best note rasanya… 🙂