Pengguna Unifi kini mencecah 400,000 orang

Telekom Malaysia (TM) kini berjaya mendaftarkan lebih 400 000 orang pengguna untuk servis internet berkelajuan tinggi; Unifi. Angka itu merupakan satu pencapaian buat mereka memandangkan jumlah 400 000 tersebut pada mulanya dijangka dicapai pada Disember 2012.

Unifi

April lalu, TM mencatatkan 300 000 orang pengguna Unifi, menunjukkan pertambahan 100 000 orang dalam tempoh hanya 3 bulan. Perkhidmatan Unifi kini boleh didapati di 83 kawasan, meliputi 1.22 juta premis. TM mensasarkan dapat memperluas liputan Unifi ke sekurang-kurangnya 1.3 juta premis pada Disember 2012.

Sumber : Telecom Paper

Tagged with 

2 thoughts on “Pengguna Unifi kini mencecah 400,000 orang

  1. mendpt sambutan nmpknya..kompem mmg servis diorg terbaik..